Friday, May 17, 2013
1 - Satu
*kipas ligat*
gerakan menjadi limit bila waktu malam hari begini Sufi hanya mampu terselit di antara dua rakan serumah yang sudah dikaji luar dalam (walau tidak kesemuanya).
*gelap*
lampu terpadam dua jam yang lalu. Sufi masih lagi terang. Terang dalam hati dan rona mata, Versus benar buat diri terasa. Hebat penulisan. Hebat dalaman fikiran Penulis. Sufi diam.-- diam.
Kelibat dua remaja selamat diijab kabul di awal tahun memanggil dan mencubit payau hati Sufi. Aku masih begini, sejengkal perubahan masih tak kutemu. Secolit Iman masih payah di tingkat walau sehari cuma. Berkerut dahi. Sufi diam. Sering hilang ayat.
"Jodoh kau masih sunyi, kau masih belum cukup sifatnya untuk nikah" pujuk Sufi. Tali gantung dipintal merenung arah Surau. Kakak kakak tudung labuh sesak menuju tangga. "Baru habis ceramah lettew.."
hmmm-mm
Walau dulu berjuta helai rambut aku tayang dan banggakan satu dunia termasuk Ful. dan bila Sufi niat berubah kerana mulut Mama sedikit tidak pernah truly encourage her daughter to wear hijab, and surprisingly to Sufi, mama really did yang buat Sufi benar tergerak untuk berubah (dari definisi Sufi sendiri). Namun hijab yang diterima baik Sufi belum cukup baik dari definasi sebenar. Sedang Ful masih terbuka. Tertayang buat tatapan dan sedap yang lain. Sufi masih tidak lagi penuh Hijab. Tidak.
"Definasi baik itu bagaimana? Sejauh mana untuk berubah untuk rasa diri ini dekat dan lengkap pada Dia..."
Lelaki tidak cukup baiknya walau solat 5 waktu, namun masih memakai seluar pendek atas lutut di etang hari. Masih tidak cukup baiknya kalau setiap waktu solat masih leka dan kadang tunai tugas diakhir waktu. Masih belum cukup baiknya. Belum.
Baik sepenuhnya itu bagai mana?
Sedangkan Min Edina mampu terus keluar dari arena Skate dan berubah kerana diri pencik dan kerdil di kalangan Jasmin, mungkin Sufi juga harus jinak bergaul dan mesra dengan Jasmin dna angkatannya, "Mungkin, inshaAllahh..."
--kipass
Seminggu membawa sedar.
namun takut sedar yang datang hanyut di buai sikap duniawi melampau tahap helikopter.
--tiada kaitan.
Tunduk dan tutup mata, kurang seminit. Sufi pantas kembali. Tangan digenggam batang pensil pemberian Farah. Beberapa hari lepas, posisi bilik baharu buat Sufi semangat. Luar dan dalam. Tahap keselesaan membuak dan penting menyenangkan anak mata. Walau Sufi bukanlah pengemas sebersih Ulfath namun Sufi masih anak dara sunti Mama yang memang terkenal dengan Cerewet tang kotor. "Alhamdullillah walau tidak seluruh peratusan, sekurang kurang ada yang boleh aku adaptasikan di dunia kecil aku ini..." puji Sufi sendirian.
Cerita Sufi masih berterusan.
Terus.
Terus.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment