Thursday, July 23, 2015

Young-graduate Entrepreneur (lah sangat)


Masuk bulan depan which tinggal lagi dalam 2 minggu je, Rox Afrisya Boutique Batu Pahat dah nak 7 bulan start operation, dan itu jugalah bermaksud dah nak 7 bulan jugalah aku berkerja sendiri. Mana kawan kawan aku sibuk dah bekerja di syarikat sana sini, aku dengan poyo dan confident-nya bekerja sendiri. hmm nak tau apa perasaan dia, nak tau dak

Kita mulakan dengan sedikit keluhan lah okay broo (hmmmmm haih) begitu. Hidup bila bekerja sendiri, flexibility waktu itu memang selalu aku dapat. Tapi kalau waktu event mau tidur 2-3 jam je. Ada sampai tak tidur langsung pun iya. Atau pun, kau tidur tapi sebenarnya tak berapa nak tidur sebab kerja/masalah terbawa bawa sampai ke mimpi. Sampai bangun bangun kau tak celik mata pun lagi tapi dah terlintas terus kerja kau yang tak siap/masalah yang terbeban itu.

Begitulah dia perk of working on your own. Entah nak cakap macam mana. Manis dia ada, pasti. Pahit dia pun ada, kena telan. Aku teringat Pak Atan (boss D-Sara) haritu masa aku jumpa. Dalam business ni Syaa, benda manis kena sebut, benda pahit pun wajib disebut untuk kita telan betul betul. Untul kita hadam hidup hidup. Benda tu betul. Meniaga ni sentiasa ada turun naik. Tinggi rendah. Pasang surut. Tuhan pun sentiasa janjikan, kau usaha kau dapat. Kau malas, kau tinggal. 

Benda tu selalu masuk dalam kepala. Lagi lagi tang kalau tak tercapai set aku nak dhuha tiap hari, nak jadi early-riser every morning. Masih gagal. Setiap hari mesti ada benda aku sesalkan sebab sentiasa tak dapat nak capai target. hmmm (mengeluh sekejap)

Aku tak berapa nak sure apa point aku cuba sampaikan, tapi lately ada benda kusut sikit. Ada benda mcam tak IN dalam hati. Ada benda yang rasa sentiasa tak tersiap. Ada saja benda yang tak sampai. Nak sebut macam mana aku tak pandai nak hurai. Aku rasa ada benda yang harus dibetulkan ni. Atau mungkin, aku masih dah nak 7 bulan, target tak sampai sampai. Dan untuk sampai target tu, aku perlukan gila-proper planning. Ala, macam study dulu. Ada proper planning. 

Puih, kat kelas konon present ala ala poyo nak mampuih tapi bila real-work yang memang kena apply apa kau study, kau tak applykan sya. Kan rugi namanya tu kak?



SEKEJAP
AKU NAK NANGISLAH CAMNI!



hsdbfoyebgugrhbeoigrergnoemrg
*dalam hati*



No comments: