Showing posts with label Love Seed. Show all posts
Showing posts with label Love Seed. Show all posts

Tuesday, February 14, 2012

The Love Seed - Bagaimana Maya, Adam mula bertemu




Petang yang hening dan penat lelah ke kelas sangat meluluhkan langkah gadis tinggi lampai si pemilik rambut ikal mayang. Namun digagahkan juga setiap langkah hanya untuk melunaskan segala kerja. Cyber café terdekat dicari Maya. Sambil menyambil di gatalkan tangan melayan laman social yang di tinggalkan usang penuh dengan semak samun.

Friend Request?

Kapten Jack Hafiz “Tak Kenal” Delete! - Raziff Irshad “Schoolmate aku dulu nii..” Approved! - Nuraini Hamzah “Lahh si ainn…” Approved!  - Adam Farish “Siapaa ni? Main keyboard? Senior kot!” Approved!
Dihantar sedikit ucapan terima kasih pada wall setiap satu lalu…

Log Out.

Assignment di cetak keluar. Bayar di kaunter.

Maya keluar dan terus pantas menuju ke bilik. Yang di mahukannya waktu itu hanyalah bantal dan tilam.

Monday, January 30, 2012

The Love Seed - "cinta tidak harus korbankan diri"




Segala yang menjadi milik kita pasti akan dipulang kembali pada Yang Esa. Segala yang nyata mahupun tidak nyata adalah milik Dia. Harta benda, wang ringgit dan nyawa yang tiada pernah tetap harganya. Itu lah kita. Peminjam yang kadang lupa disuatu detik dan ketika, waktu ‘memulang’ itu pasti akan muncul jua. Tanpa jam pengera!

Kisah Enchanted Love, Cinta Magika Si Adam dan Si Maya ada kaitannya.

Di beri kasih berbelas tahun dan di atas kesilapan yang entah dari mana puncanya, Adam kini terus dibelenggu pekatnya hitam. Rasa jiwa yang tiada pernah tenangnya. Rasa takut yang selalu membenak kuat dalam hati. Konon dialah jiwa, dialah nyawa, dialah cinta. Tapi akhirnya dialah racun, pemusnah cinta yang tiada lelah Adam jaga. Dari sekolah hingga naik ke menara gading, cinta itu saja dipegang Adam. Cinta itu saja yang dibelai Adam. Cinta itu juga yang dipuja Adam. Kononnya Zara itulah gadis yang bakal meneman hidup susah dan senangnya, bakal menjadi segala pemangkin jiwa semangat kental dan lunturnya, bakal menjadi ibu kepada zuriat zuriatnya. Namun di atas kesilapan Adam yang hanya kurang perihatin dan sibuk dengan masalah diri dan tuntutan ilmu, Zara tegar meracuni.

Alasan?

Mana silap Adam? Mana pergi janji? Adam hanya mampu redha tatkala berita kesucian cinta mereka di ramas buas si jantung hati, Zara Elina. Segala buku ditinggalkan. Segala ilmu di lupakan. Adam diheret keluar dari persekitaran selesanya. Di tinggalkannya kawan demi melerai kekusutan. Zara di ajak nikah berbulan yang lepas, hilang ke luar negara tanpa khabar berita. Tup tupp berita ‘mencalar cinta’ yang diterima Adam. Apa rasa Adam?

Cinta itu pemberian Tuhan kepada mereka yang benar benar sanggup dan kuat mengahadapinya. Cinta itu suatu pengorbanan, pengorbanan pada jiwa, ketulusan hati dan tenaga bukannya DIRI! Kalau diri dikorban untuk membuktikan cinta, itu namanya bukan cinta. Itu namanya NAFSU GILA! Nafsu gila, Si Durjana yang mampu lenyap dalam buaian makhluk bertanduk dua, yang bertepuk tangan bila manusia seperti kita akhirnya masuk perangkap level ’ 5 bintang’ mereka. Kita kalah. Si Setan menang masalahnya!

Astaghfirullah…

Cinta belasan tahun Adam dan Zara diambil semula tuhan. Tuhan mungkin ada rencana tersendiri mengapa ini semua terjadi. Lihat, yang kononya milik mereka dari awal muka, akhirnya dirampas dengan sekelip mata. Ada sebab dan hikmah tersendiri, Allah itu kan Maha Luas Pengetahuannya. Menakjubkan.

Leka dan lalainya Adam dulu, kini Adam lah insan yang kuat. Kuat dengan segala takdir walau sebenarnya payah dan pahit untuk Adam terima. Dinikahkannya sendiri Zara dan Norman, di waktu Zara positif membunting sebutir benih haram. Adam akur. Mungkin benar Zara bukan jodohnya, namun sampai kapan Adam mampu bertahan dan melupakan segala kisah janji  hati yang disemai belasan tahun?

Zara akur dalam salah. 


Adam pergi membawa diri…

Sunday, January 22, 2012

The Love Seed




Suatu kisah kasih dan sayang yang sangat dalam. Kasih yang sering membunuh dalam dua jiwa insan yang masih keliru mencari arti kasih yang diimpi selama ini. Dua jiwa yang masih mentah dan sering alpa dalam hebatnya lakonan dunia. Dua jiwa yang kurang yakin pada diri serta rasa paling azimat di dunia: CINTA.

Percaya pada segala takdir dan aturan Tuhan Yang Satu, menjadi cerita: Adam dan Maya telah ditemukan tanpa tahu mana puncanya. Pertemuan aturan Tuhan yang membuktikan rasa kasih dan sayang itu mampu tumbuh dalam jiwa manusia walaupun tiada tentangan mata dan hanyalah tentangan bait bait ayat semata mata. Itulah mulanya cinta Si Adam dan Si Maya. Hubungan yang hanya berteraskan jujur dan ikhlas. 

Kini, kasih dan sayang yang disulam hampir menjangkau usia 24 bulan, segala yang Adam dan Maya mampu lakukan hanyalah menjadi jujur pada diri sendiri. Cinta Magika atau Enchanted Love yang lahir ini sangat menguji dua insan tersebut. Si Adam yang masih dalam bayangan gelap kekasih lepas, Si Peracun kepercayaan dan kesucian cintanya dan Si Maya pula, insan yang sering tewas pada diri sendiri dan tumpas dalam hubungan berlandaskan, Cinta

Adam dan Maya manusia yang sama, manusia yang .. Tewas

Dek keyword Tewas, mereka sering melengkapi jiwa kosong itu. Adam sering bercerita dan Maya seakan memahami segala yang dirasa Adam. Mereka mula 'melengkapi'. Diwaktu itulah Tuhan Yang Maha Mengetahui Segala Tersurat dan Tersirat mula menyemai benih sayang dihati dua insan tersebut. Namun benih yang disemai tidak kukuh dan tidak subur. Benih itu sendiri menumpaskan perasaan Maya yang percaya Adam adalah cinta yang dicari selama ini. Benih itu sendiri yang mengelirukan Adam, takut cerita 'mengecewakan dan dikecewakan' menghantuinya lagi. 

Benih mereka, bagaikan daun kering . Bila jatuh dia diam, bila ditiup angin di hilang. Tiba angin lain datang, dia kembali, dengan daun kering yang baru. Begitulah umpamanya benih cinta mereka. Benih A pergi, datang semula benih B, Benih B layu, benih C pula disemai. Namun pokok bernama 'cinta' masih tidak tumbuh segar dan megah. Masih tidak mampu berdiri utuh dek serangan segala parasit parasit milik hati dan dunia yang seakan iri dengan cinta mereka yang masih suci tiada cemaran hasad dengki makhluk dibenci Tuhan. 

24 bulan kenalan, Adam dan Maya tidak lagi bertentang mata. Tidak berani bersua muka walau jauh disudut hati, perkara itu sangat mereka impikan. Malah suara sendiri masih belum berhubung. Segala jiwa dan perasaan disalurkan melalui laman sosial dan telefon bimbit.  Namun begitu, kekangan masih ada: menjadi tembok besar China antara mereka. Menumpaskan segala keinginan mereka. Tuhan mahu terus 'cinta' itu suci mungkin. Mungkin. 

Sebab?

Adam pernah diracuni cinta belasan tahun. Maya pula takut dengan 'cinta' yang mampu merosakkan akidah dan prinsipnya. Tuhan bantu. Namun sampai bila? 

Keluhan yang tiada akhirnya terhadap Enchanted Love. 

Never ends.