Showing posts with label Music And Entertainment. Show all posts
Showing posts with label Music And Entertainment. Show all posts

Sunday, January 6, 2013

siapa?



okay malam kemuncak. seperti orang lain aku juga tunggu kan malam ini. boleh dikira-- acara tetap untuk aku setiap malam di awal tahun. AJL dari tahun Siti dengan Cindai on 1999 hingga ke Ajai dan Nurul-  ke MUH - terus ke Ana Raffali dan lepas-- Hafiz. Setiap AJL tak pernah aku sengaja lepaskan. Aku sama seperti engkau. sama. 

dan waktu ini, di ambang ini semua berkira--
siapa akan menang?
siapa akan digelar Juara Lagu?
Siapa yangr berjaya menawan hati Juri. 

Payah.
Unpredictable.

Kalau ditanya aku--
Tidak mustahil untuk Shila Amzah, Patah Seribu untuk menjadi juara. Sebab? Anugrerah Industri Muzik- Shila Amzah menang Lagu Terbaik kot! Walau ramai yang sibuk jadi komentar seakan arif perihal muzik 'termasuk aku' patut ke si Shila menang? Lagu macamtu?-- bla bla bla
satu soalan muncul-- 
engkau persoalkan kemenangan Shila Amzah berdasarkan apa? 

Berdasarkan 'kebodohan' Patah Seribu?  
Engkau benar yakin Patah Seribu itu bodoh? Lagu budak? Lagu tidak layak untuk menang? Lagu yang tidak patut dijadikan contoh dan di beri anugrerah? Lagu yang mendatar? lagu yang terlalu simple dan tiada klimaks? Lagu yang hanya strum in 2-3 pattern? lagu yang hanya consist of 4 simple chords? 
Itu?

Now--
aku tanya-
Kau tahu 'Twinkle Twinkle Little Star..?
Kau tahu 'Row row row your boat gently down the stream'?
Kau tahu itu?
Kau tahu berapa interval melody yang digunakan untuk melody sepanjang zaman itu?
Kau tahu?
dan pernah tidak kau terfikir lagu semudah itu mampu bertahan beribu tahun lamanya-- sejak dari tahun Middle Ages? Tahun diwaktu masih mengunakan Organ sebagai taruhan instrument? 
*smirk*


Bagi aku--
untuk hasilkan sebuah lagu bukanlah berdasarkan betapa hebatnya taraf dan pencapaian seseorang penyanyi itu. itu akan datang sebagai kredit. Di waktu AJL hanya memetingkan taruhan Lagu-- Jadi lagu lah yang harus kau kaji. bukan simply mengkeji.

From Yuna- aku marah kenapa Ironlady hebat Malaysia tidak pernah benar benar dinilai seninya di Malaysia? Kenapa tidak benarbenar mampu untuk menewaskan lagu yang lain sedangkan di luarnegara Yuna mampu tembus dan berada selevel dengan penyanyi luar negara.

Jawapannya subjektif--
Lagu kadang menjadi hebat kerana tune-- easy to sing- easy to remember exactly like Najwa's
Yuna? She's not only serve you music but together with her trendy fashions.
Shila? She works as hard as she could to make people accept her at the first place.
Hazama-- Amy Search? 
Stacy? 
Mojo? 
Boo? The genius.

Popularity? 
Aura?
Vocally?
Lyrics?
Composition?
They are all related.
They are all counts.



but remember one thing, kadang lagu yang terhasil hanya dari C major with 2 interval as max pun mampu menang. 




- huraian gagal. 




Wednesday, December 26, 2012

Kashaf Imani





Jangan risau, pening kepala, sakit jiwa- memikirkan dimana dan bagaimana untuk mencari Kashaf Imani.  (link below) Telemovie yang berjaya melekat di benak jiwa walau sudah lama tamat in-play; Kashaf Imani benar berjaya membuatkan aku berfikir dengan dalam-- tentang

ibu-
tali darah-
cinta hati--
dan

Dia


I am strongly recommended you guys to watch this if you have so much time to spend.

Kashaf Imani directed by Azma Aizal Yusoof.


Salam!


Thursday, December 13, 2012

Friday, January 13, 2012

i have died everyday waiting for you




"I have died everyday waiting for you.. Darling don't be afraid I have loved you..For a thousand years..I love you for a thousand more.."

: Allah please take care of him for me. Let him in a good and healthy condition, forever!

Rindu awak atok ;'(

Monday, January 9, 2012

Coffee Prince - 5 Stars!


Dari tahun aku belajar Civil Eng. sampai ke waktu ini. Mata, minat, hati dan jiwa masih tetap untuk Coffee Prince. Setiap kali tengok pasti aku gelak. aku rasa macam nak sepak sepak je si Go Eun-Chan ! Lakonan Yoon Eun Hye dari drama Goong dah somel sangat. Watak apa pun bagi, sure Eun Hye mampu buat baik punyalah. Yang penting drama/movie apa sekali pun Eun Hye bawa, sure. SURE best.

Coffee Prince.

"Coffee Prince is hilarious. I could seriously watch it all day..."

Banyak babak yang menarik minat aku dalam cerita ni. Watak dan cara Go Eun-Chan live her life up  adalah sama sekali. Dalam hati, aku juga mampu jadi gadis sebegitu rupa. Tabah, kuat, rajin, straightfoward dan dalam waktu yang sama sensetif dan manja dengan yang rapat ;) How lovely it is? 

Mahu menjadi seakan Eun Chan yang sering menjadi pemanis di kala hari mencuka. Menjadi penghibur di waktu muram durja. Ceria. Tapi sifat ini perlu naturally ada dalam diri kan, baru best? :) Takpe. Adore Eun-Chan dan berimpi untuk menjadi seperti dia sudah cukup bagus dan mampu beri perangsang diri kan? Cewah! #mintaTempeleng

Dapat hero pula, fullamakk.. Handsome kemain! tapi yang penting watak Han-Gyul juga menarik minat aku. Bukan berangan tapi tidak salah kalau bermimpi ;p Bukan kah mimpi itu biar sampai ke bintang? HEHE. cara Han-Gyul layan Go Eun Chan yang aku adore. Di tempeling, di buli, di siku nya Eun Chan. Tapi dalam main main, ada sayangnya. Huhhhh itu yang seronok tu kan? ;)

Siapa tak iri hati kalau lihat watak Han-Gyul dalam ni. I mean like how he treats Eun-Chan. Aku jeaolus takdelah jealous mana. Cuma teringin. Mihehehe. Comel sgt. Sweet sgt << lebih tepat! 

Well, untuk apa berkasih sayang tapi sepenuh masa di belek belek, di sayang sayang kekasih jiwa kau? Boring kot. Aku rasa lah. Perlu ada waktu dan ketika, kau ajak girlpreng kau main ting ting ke. main sembunyi ibu ke, main galah panjang ke. Baru carre! haha. serious. 

Walau mungkin ada terselit cerita ini, menghalalkan yang haram, tapi c'mon lahh. Kita masih di Malaysia tahu hukum hakam, inshAllah masih terus dilandasan yang betul. Jangan lah terikut sangat kan waktu Han-Gyul mula akur yang dia gay and fall into Eun-Chan. Sebab the end of the story Eun Chan masih perempuan dan mereka pasangan yang normal, bukan abnormal ;) 

Jadi, tengok lah Coffeee Prince. Jangan risau tak perlukan tisu utk lap air mata darah. cuma perlu sedikit ruang untuk kau gelak dan golek kegembiraan :) 






yok singgah MY TUMBLR for more moving pictures of Coffee Prince ;)

:Good day ! Æª(˘⌣˘)┐ ƪ(˘⌣˘)ʃ ┌(˘⌣˘)ʃ

Thursday, December 1, 2011

Ombak Rindu novel pertama aku baca.


bila dengar deru deru angin mengatakan Ombak Rindu ingin di filemkan, aku agak teruja. Ombak Rindu ceritanya menarik, itu pun kalau berdasarkan novelnya lah. Aku baca few years back. Dalam tahun 2004/2005. Jalan cerita menarik sampai aku tak sanggup nak berhenti membaca walau mata dah sayup. Only in one night, aku khatam! Gigih kan? 




Aku harap Ombak Rindu tidak menjadi terlalu singkat penceritaannya. Tidak terlalu easy. Kerna bila dibaca Ombak Rindu sebenarnya heavy. Dari segi penderaan, perihal rumahtangga, pembunuhan, pyshco dan cinta. Aku berharap sungguh Maya Karin mampu mengalas watak Izzah dengan baik, walaupun sebenarnya ramai lagi pelakon wanita dalam Malaysia ini yang lebih sesuai untuk Izzah, Ayu Raudhah ke, Rita Rudaini ke - pelakon yang lebih nampak kemelayuannya. Tapi takpe, kita harus positif dan percaya pada pandangan Osman Ali.  Kalau Maya Karin mampu memuaskan semua penonton then you're damn good! Kalau sebaliknya, tadahlah kau ye?


Membaca Ombak Rindu aku menangis, aku bahagia, aku berbunga, aku marah dan aku hampa. Jadi aku berharap filem mampu melakukan perkara yang sama. Osman Ali, filematografi dia cantik kan? Mirip Khabir Bahtiar untuk Nur Kasih. 


Jadi bila nak tengok syaa? =)

Tak sabar!

Wednesday, November 16, 2011

I Adore You - Melpo Mene




"Lost in a daydream of blueAnd I feel so freeAnd then It's like i fall from the skyEverything that I see is you
And you should know that I'm
Thinking about what you said
When you held my hand
Oh I adore you...



sebab tu aku suka youtube. everyday aku dengar lagu yang berbeza-beza dari mana mana singer ntah. 

now <3 Melpo Mene. 


: starts to play Mocca's back :')

Monday, October 3, 2011

gambar wedding norman & memey - choir

t'was a great experience to be performing at that kind of event. satu exposure yang sangat gah lah untuk aku yang sangat lah kerdil lagi munggil ini. hehee. terima kasih lah bebanyak sangat kat encik K , conductor choir/ex-lecturer fakulti kitorang yang memberi kesempatan terhadap orang yang sempit lagi terhimpit macam aku. heheee. 

bukan senang oii nak dapat. jumpa retis retis sejati tanah air ni. pergh! mmg cuci mata abis aku malam tuu. tak kira lelaki ke perempuan ke, naik meleleq ayeq lioq aku okaay tengok diorang! mahahaha. cantik kemain, seksi pun kemain lagi. normal lah tu kan? kata retis. mesti kena macamtu. tapi seriously aku paling salute Irma Hasmie! homaiiii. cantik kot dia. sangat cantik! dress dia malam tu yang paling cun aku rasa! sopan pun sopan. terpegun.

okay stop membebel. tatap lah ye?

 betullah bak kata Roti Kaya, instead of having this photo-session dgn media, why don't they start the event dgn baca du'a ke apa ke kan? ini tak. masuk masuk je terus amik amik gambar. aku pelik gak actually tapi dalam hati rasa mungkin ini cara celebriti khawin kan? entah lah. selamat dah pun!

 masa ini aku dah penat actually. rasa macam tak layak duduk kat stage tu amik amik gambar lama lama pun ado. rasa janggal. serious senyum terpaksa.



bangga dapat back-up Fauziah Latif! homaiii dia lai satu. cantik yang amat. pitam aku. 

ahahahaaa pegang "&" sahaja. SUKA! :p

ini paling best ni! baju sponsored by Lord's Taylor =) menyingai masing masing. *kemeja je pun kan, kau ado?!*

 wedding diorang bertemakan Refflesia since the wedding pun sponsored by dgar crita. so cupcakes pun nak rafflesia bagai. okay lettew. aku rembat satu bawa balik rumah. rasa biasa jeeeeh. hehe jahat!

yang penting. aku jumpa Cik Epal ! ini yang aku excited. terkejut dia aku panggil "cik epal, cik epal nak amik gambar!" muka dia serious terkejut bila aku panggil. mungkin dlm hati "alamak aku artis juga apa? ada org nak amik gambar!" aahaha cik epal, aku suka kot. envy pun ada. kaya kot dia blog-ing. tapi serious cik epal ramah, suka aku! :D



: walau ada juga cerita tak best pasal choir tapi tak apa. at least itu menunjukkan yang kitorang buat yang terbaik lah juga untuk malam tu. ada juga orang perasan kan? kalau tak, takkan sampai dapat call show lagi kan? :) 

All the best choir members !





Wednesday, September 28, 2011

a chance in a need

sibuk sibuk aku nak recital ini, practice hari hari terpekik melolong kat studio, Alhamdullillah dapat lah juga job sikit. bukan apa, nak recital kan. duit seriously woi. keluar macam air! sampai bernanah otak aku memikir macam mana nak minta kat mama ayah. sampai berjura jurai okay airmata! kalau singgit dua inggit takpe, ini sampai dua tiga ratus. tu baru je pasal pianist. belum kira dari duit recital bagai. ada 600 ratus aku spent. kesian tak kesian mama ayah? pening tak pening aku. itu yang syukur lah juga bila Encik K, which is our ex-lecturer kat faculty lamar aku. tengah malam thru facebook okay! ganas tak ganas u'olss? haha.  

jadi bermulalah aku berhempas pulas mengerah kudrat mencari rezeki *cewahh* untuk menambah/men'top-up' dana recital aku. siang practice untuk recital. malam practice utk wedding of the year tuu. *ea ke?* hehee. jhat aku!

choir.

in a week kena study 8 lagu. kalau solo aku tak benda hal tapi kalau SATB, pening otak. dah la sight singing hauk.

tapi best lah juga actually? tu tu. ada juga retis yang kitorang dapat backup. kannn! korang ado? haha.
*fauziah latip sangat hot, cun meletop okay!* melting aku

farhan yang ku fikirkan biasaaa je sekali amik kau! cantikkkkk boleh? suara pun. meletops!



moga esok semua elok elok sahaja lah ye? Amin..

Salam!

Friday, August 26, 2011

Happy Eid Everyone


"Selamat Hari Raya In Advance Everyone"
today aku balikk, bus 3:40 pm! excited tak berapa nak excited sangat lah. sebab banyak norr kat kepala ni. nak buat tu lah nak buat ni lahh. mood nak balik petang nanti pun entah mana dia merayap. 


but still,
Aku nak RAYA! :) walaupun takde mood sangat kannn. bukan nak meraya apa pun, aku hanya suka akan suasana raya tu. Lain kn rasa pagi raya? Lain kn rasa jumpa cousin walaupun selalu jumpa?

Sorrunded with families , thats what i love the most about rayaa!


Anyway geng,
Dikesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semuaa yang sudi nak menyelak nyelak blog aku yang kusam lagi masam ni ye?


Maaf Zahir & Batin aku mohon jika ada salah dan silap, terkasar bahasa, terkasar bahasa tubuh badan . Aku hanya insan yang lemah, cewahhh :p betullah. kita mana pernah sempurna. selalu alpa, lupa dan leka. Jadi aku harap raya ni kita semua dapat sama sama gembira bersama family tercinta dan of course kenalah dekatkan diri pada Yang Esa lebih akrab since Ramadhan pun dah nak melabuhkan tirai nya kan?

=)

Alright!

: drive elok elok balik kampung and for those yg naik bus silalah pesan kat driver bus supaya pandu elok elok!

SALAM!


Thursday, August 11, 2011

nothing important


kekecewaan melanda. 

Yuna's Concert at MPO - macam haree je kan! aku prgi smpai dua kali. dua dua kali hasilnya mengecewakan. first day dtg MPO tutup, ramadhan katanya so cuti on weekend. smlm aku gigih laa mai lagi. the result pn mcm minta penampo! ticket belum dijual?! Whatt? abs dh kecoh kt twitter apa hal? sakit jiwa aku woii. sabar mstilaa dpt aku pupuk kan bulan mulia ni. ==' 

tertekan balik tgn kosong. 

penat tauuu awakk saya meredah hujan hutan dan badai demi tiket cik akak Yuna tu =='




tapi tiada yang lebih gembira tentang semalam bila aku dah pandai masak Kuehtieow Hailam, baikkk punyehhh :D *lepas ni boleh tunjuk bakat dkat ayah! Lol *korang nak order pun boleh! muka belagak sikitt :p


*okay, saja kasi besar sikit - nak uji iman korang kejup ramadhan ramadhan ni huahuahua* 



: tiket Yuna bokeh mula dibeli on this Sabtu bak kata kakak kaunter, tapi Asssamualaikum laa. aku kejar batupahat dulu laa ye. tolong bapak aku kt bazaar lgi seronok buat masa niiii *excited mood, turn on!*

amigoosss!

Friday, July 22, 2011

The Man I Love



lirik
When the mellow moon begins to beam,
Ev'ry night I dream a little dream,
And of course Prince Charming is the theme,
The he for me.
Although I realize as well as you
It is seldom that a dream comes true,
For/To me it's clear
That he'll appear.

Some day he'll come along,
The man I love
And he'll be big and strong,
The man I love
And when he comes my way
I'll do my best to make him stay.

He'll look at me and smile
I'll understand ;
And in a little while,

He'll take my hand ;
And though it seems absurd,
I know we both won't say a word

Maybe I shall meet him Sunday
Maybe Monday, maybe not ;
Still I'm sure to meet him one day
Maybe Tuesday will be my good news day

He'll build a little home
Just meant for two,
From which I'll never roam,
Who would - would you ?
And so all else above
I'm waiting for the man I love. 



:<3 thanks debbie for letting me know this beautiful song :)

Saturday, July 16, 2011

Wednesday, June 29, 2011

Listen To Me - Mocca


Hey baby listen to me carefully
Come and sit beside me
I’ll tell you everything about me
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
Hi honey listen to me carefully
Age is just a number
It won’t be any trouble at all

reff:
Stay stay with me
I will be your best friend
I will be your guiding light
Stay stay with me
I will be your lover
I will be your everything
Hi honey listen to me carefully
For all the things that matters
Only you can take my golden heart

repeat reff

Wednesday, May 11, 2011

my favorite girls

influenced me a lot (music part)

#1
lagu pertama yang aku dengar. yang benar buat aku rasa 'fall in love' -with the lyrics- and terus meminati any songs ber genre ini adalah 'Am I Not Pretty Enough' by Kasey Chambers. An Australian singer, yang dah berumur orangnya. Tapi alamak suara dia gua cakap lu. Bikin luluh hati. Serious i tell you!


: aku tak fanatik sangat, sebab aku tau lagu dia yang ini je (Am I Not Pretty Enough). lain aku tak discover lagi. Haha. 

#2
then, aku bertemu sama 'On The Night Like This' and i was like, 'bestnya lagu ini?' 'siapa nyanyi?' . ni kes baru beli handphone lahh, pakai bluetooth je ngan member lagu-lagu dalam folder. Haha. Tu la punca aku kenal 'On The Night Like This' . berabad jugalah duduk dalam phone,duk dengar buat tidur tapi tak amik tau siapa nyanyi. Tapi at last, tau jugaaa :D its Mocca Band yawww. check internet, terkejut gak ar-diorang band Indonesia tapi fuyoooo gila popular kat Jepun Korea semua. Boleh? hebat! most of their songs pun in english. Music dia. Alamak gua cakap lu! Layan abis. Huh diorang aku minat betul ar. Siap sign up for "Swinging Friends' - like on FB - follow twitter - join fanclub and kalau boleh aku nak je ke Bandung pergi tengok konsert diorang live! -..- InsyAllah suatu hari nanti. :D 

Ariana: the vocalist :)

lagu Mocca semua genius i tell you

#3
okay yang ni pula, aku minat sebab dia main guitar, benda tu yang attract me at first! Gorgeous, sexy, adorable; Yes she is. siapa? Colbie Caillat lah! lagu dia yang aku sangat in love is Brand New Me ('', Bestt !! Banyak lagi actually yang best, like: Midnight Bottle, Bubbly, Realize etc. 

penuh jugalah mp3 aku donwload lagu minah ni

#4
huh, dia ni pula aku suka sebab dia pandai buat lagu, Colbie pandai juga,in fact lagi hebat dari minah ni. tapi tu lah; aku tak sangka dia pandai buat lagu. tengok muka lembik-innocent-nerd jee kan. At first! sekali amik kau. boleh tahannn! Haha. Alaa siapa lagi, Taylor Swift leer! Dia pun aku start minat-download lagu bagai, sebab she plays guitar too yooo! kreatif lah, dengan simple chord tapi dia boleh create melodi yang best best! ohho so envyy me here! -..- 


#5
bermula dengan #1-#2-#3-#4 lah aku mula minat #5 ni! :D the best part is, aku dah jumpaa dia! Hoho. Sangat inspired okayy. dah lah cerdik, cantik, talented! apa lagi nak? 
Menjadi inspirasi anak gadis malaysia; Yes you are Yunalis Zarai aka Yuna! born in 14th November 1986 (yayy scorpian too) Ahha. fav song of mine : Penakut, Decorate and all Lah! 


#6 & #7

This two girls: takdelah aku fanatic sangat but still i love her music, her voice! 



at the end, i realize: all of them have a similarity after girl; all of them have an angel voice! and i am so in love with that angel voices :) 

Done!
p/s: me, ankle voice! Haha

Monday, April 18, 2011

Konsert Gadis Semasa Sunsilk

Y U O (part II)

bukan typing error, Y U O punya maksud. semalam hanya aku yang tahu maksudnya. sekarang mari mari. mahu dikongsi. :D kalau kawan di laman sosial pasti dah agak, atau bila tahu reaksi akan "ek-eleh syasya ni" or tiada reaksi. atau mungkin kalian yang tidak tahu pun tidak tunjuk apa reaksi. well, since aku tandus sama followers. *tidak tagih apa-apa, dont misunderstanding. aku pun tidak harap kerana ini awalnya hanya untuk tatapan mata aku sorang.

 Senyum. 

tapi yang penting. "yeah come over -come over you over beria feelings! ;p" aku bahagia yang amat deh semalam. sebak seyy dada. kegembiraan tahap max bila aku dapat jumpa Y U aku. namun tiba malam jengah aku, O menambah dan bikin aku rasa hampa. citt porrrahhh -..-! 

Okay-okay back to excited. Semalam kan! semalam kan! Haha. okayla. Semalam kan actually aku jumpa Y U NA yawwww :) excited tak? aku EXCITED lagi kot. lol. i met Yuna for my very first time. Ohh pretty, she amazed me! 

the star actually , Melda Ahmad. the one who is popular with Putus @youtube. or known as Gadis Semasa Sunsilk nowadays :) tapi dengan baik hatinya, Sunsilk juga memanggil a few artist ternama Malaysia, dulu dan yang terkini! Best-best, walau aku pergi sorang. YES, PERGI SEORANG DIRI. no friends no boyfriend no no no no no ~~~ :D jadi je aku kan pergi konsert sorang-sorang. hebat tak? :D *bosan tapi takpe. layannnn!

dah-dah stop membebel. mari tonton gambar.


Melda Ahmad
One Nation Emcee
Mimi-lincah gila
pretty Yuna
lawakan turban dia pakai
check IAMJETFUEL for her new scarf
dan sebenarnya, penakut, cinta sempurna dan Gadis Semasa, #duet sama Melda Ahmad
aku happy gila time Yuna nyanyi lagu Penakut, my most fav song of her kot
hasil pengaruh Ska .ha3, jgn marah!
Ratu Rock, Ella yaww <3

tak sangka Noh Hujan handsome! lol kesian aku-maybe dah berjambang kot. jadi handsome
simpan untuk khawin kot! jengjeng~ haha

tertarik juga aku sama guitarist Hujan ni #rasanya!
Layar Impian
Putus, Melda Ahmad
ohh pretty!


excited tak? :D aku MASIH EXCITED!

okay, now about O pula. alahaiiii apa lagi, Y O U @atok. kamu sangat hebat memang sebab masih duduk diam dalam ingatan dan fikiran aku. hebak hebak. makin cuba hilang makin cuba dia datang. nasib dah tak berjaya harukan hidup aku feeling ni. kalau tak. adoiii. hehee. dah dah. atok, saya doa awak sihat bahagia. Jumpa lah kita kalau jodoh itu ada ek? daaaa~

Mari Senyum.

p/s: the fact itu baru :)

Saturday, April 2, 2011

Yuna inspired me!

a brilliant-gorgeous-pretty-awesome-cute-talented-gifted-GIRL I ever seen! Thats Yuna! ohmaiiii. mungkin agak ketinggalan jauh kebelakang untuk mahu aku utarakan minat aku pada gadis ini. Tapi : ada aku kisah? :D

admit. aku memang mengikuti cerita Yuna. Since bila ek. Not really sure. Tapi for 5-6 months lepas, aku memang banyak mengikuti cerita Yuna. follow on her Blog, her friend's blog, tumblr, watch her on youtube, facebook and of course she is popular kan! stesen tv mana tidak mahu ceritakan pasal Yuna? Tambah sekarang rezeki gadis ini melimpah ruah, duta Libresse lah and now sibuk dengan Yuna Inspired @Hitz.tv rightt? :)

Yuna Zarai

Oh Yuna. I Love You and countless love on your music!

p/s: now i realized , Yuna really inspired me!

Monday, March 28, 2011

Plague Of Happiness nailed it doooooo!


Last Saturday, I had such a great-rocking-headbanging weekend you'alls! Ajakan mahu meneriak-melonjak-mengentan whatever it call pun lahh sangat menjengah aku once POH played the first beat! Genre POH menurut @din - Ska Punk which is aku memang bole terima sebab the music taklah hardcore macam hapee kan! sebab most of the music band nowadays especially the underground banyak mainkan lagu yang metal-hardcore-keras-kayu-nyanyi tak dengar sepatah haram. HAHA so memang sangat aku takley terima. But this one! Yawww. Kalau boleh aku mahu turut seperti mereka yang gila hanyut sama dunia tarian nak mampuihh tu. Haha. Tapi relax: aku audience type sopan. :) Gerak gerak kaki-goyang goyang kepala sikit sikit sajaa :))   

My second time of Gig-ing after along's band performed last year.

THE WALL
crowd before POH take the stage
POH - Plague Of Happiness @brother naz sempoiii!
Selalu dengar live classical piece kt fac but now live dgar Trumpet, Trombone and Alto Sax in this kind of genre;
"Wahhh cool laa wei!"

*diatas kesulitan technical yang macam !@#!#~!! ;gambar asyik keatas saja, so aku jadi give up na letak picture crowd POH-buat masa niii. pfffttt!
Reaksi Terkesimaa melihat kehebatan POH- gtuuuu! ;p
Ohhh. Thank You sangat lah sebab you really made my whole day POH! walau pun menunggu berjam okay. Berjam untuk giliran POH perform. HEE tapi takpe. No worries. because I have such a sweet-beautiful-great accompaniment-

Tadaaaa~! Waniii :)


kami goofing around macam orang biol. Lol. 
pic 2: wani try na copy sorang budak near to us yg amik gmbar mcmtu. *Firree fireeeee! HAHA.

Kami lepak minum sat dekat Pak O juga. teringat time sekola teknik dulu pernah lah aku sekali dua lepak Pak O. Sebab bila dah telajak turun bus-lalu terus lah ke bustand Jln Rogayah. So dah alang-alang tu lepak lah sekejup dengan kawan-kawan. BERuniform sekolah! Eyuksss, sengal je kan! -.-' 

Wani Si Cendol - Aku Si ABC! 
dan kali ini saya lepak lagi. surely NO school uniform. HEE
Cendol Pulut! Yumss yumss :p
ABC - air batu campuqqq! :D
Sedapp okay! Puas hati dapat ABC walaupun kalau difikirkan dekat Shah Alam SS2 tuu belambak lambak kedai ABC tapi takde satu pun bisa meneriak nafsu aku untuk minum. LOL. nahh, simple macam ni lagi layannnn. !

p/s : mood memang Happy lah weiiii . Menyingai ke telingaa. so memang puas blek bp for you POH. 

Thanks Allah.

Thursday, March 24, 2011

Anggun- Zizan feat. Zain Ruffedge and Altimet



(Verse 2 # Altimet)

Salam, Si Anggun apa khabar,
Wajah seperti yg terpampang di layar,
Lesung pipit hitam manis petunjuk salasilah
Pekerti seperti saidatina khadijah,
Tumpang tanya siapa yang jadi teman,
Jawapan tepat tuhan rasul dan qur’an,
Tak marah, terkilan pun bukan,
Kerna mereka 3 dan aku pun sepasukan,
Maaf jika hamba kurang sopan,
Tapi sehidup menatap sudah tentu tak bosan,
Maaf jika hamba terlebih melopong,
Tapi pusingan ini hamba kalah satu-kosong,
Mungkin juga ada pusingan kedua,
Mungkin ada jalan untuk anakku ke syurga,
Maaf jika kita di cemburui masa,
Kalau aku tuannya kita bicara lebih lama...



p/s: goodjob Altimet! :) love it.