Friday, April 8, 2011

kawan itu Lagi!

PART 1

tempat itu...
beri aku cerita...
beri aku kematangan..
beri aku kefahaman dalam tentang itu...

Angin laut yang kuat berhembus benar terasa. Badan yang beralaskan kurung benar tidak cukup untuk menghangatkan diri. Namun aku terus diam, akur. Angin laut itu jarang aku rasa. Biarlah, apa salahnya bukan untuk angin menghembus kuat dengan asyiknya. Akur.

Perlahan aku melangkah. Menikmati. Melihat keliling yang pernah menjadi tempat mainan aku. Makan, belajar, lepak. "rindunya",bilang hati kecil. Dibalik pahit pasti ada manis bukan? Sedang enak menjamu mata melihat keliling yang aku rindu , tiba-tiba mata terpaku,tertarik akan sekumpulan gadis cantik manis bertudung, berbaju kurung. Hati tertanya. Pantas kaki melangkah menuju ke arah itu.

Tanpa dipelawa, aku duduk menyertai si gadis-gadis cantik manis. Seakan sudah lama saling mengenali. Aku senyum. Mereka balas. Belum seminit aku sebati dengan perdudukan aku, Tuhan menjentik semangat belajar aku. "mungkin ini peluang Tuhan untuk aku", dalam hati terdetik.

Sedang asyik mata aku merayau melihat keliling, tiba-tiba anak mata ini terlihat akan seorang gadis yang pernah aku kenal. Yang pernah aku rapat. Yang masih aku kenang. Gadis itu adalah kawan itu!! Hati menjadi sayu. Terpaku. Bila mata kami bertentangan, lidah aku jadi kelu. "Apa harus aku lakukan?" Rasa mahu aku peluk. Aku pegang tangannya dan pohon agar aku diputihkan dari cerita hitam. Kalau aku hitam baginya. Tapi itu semua hanya bermain di fikiran. Tidak mampu aku uraikan dalam bahasa.

Diam. Aku jadi diam. Terus pasif. Girang hilang. Riang lenyap. Senyum pudar. Mata terus aku arahkan ke pentas. Tonton namun sikit pun tak aku serap. Sekali sekala, anak mata aku curi-curi melihat kawan itu. 


.......( to be continued)


PART 2 : benar aku terasa diri seperti baru menangis. marah/kecewa/sedihnya hati. dua tiga bulan ini kawan itu sering kembali. 

2 comments: