Wednesday, August 3, 2011

ramadhan 2011 - 2 (Nais)

Alhamdullillah done fasting for day 2 of Ramadhan.

challange utk hari kedua pun okay. kuliah tiada utk Selasa, jadi haruslah aku seharian beristirehat di dalam rumah, tidak kena matahari dan asyik di hembus dek kipas angin, kan? walaupun budak si gomok banyak mulut Affan tu harus aku babysit kan. dalam rumah wei, pusing pusing itu juga.kacang goreng je lahh jaga si Apan Ebab ! 


Bongkak. 

Aktiviti normal macam manusia yang duduk di rumah buat. tiada apa yang menarik lagi tertarik. TAPI! huhh kejadian lepas buka tadi, menarik bagi aku. Alahaiiii. Menarik ada, mengeluh pun ada....

Khusyuk

selepas selesai berbuka, kami sama sama berjemaah utk Maghrib. Imam nya abe ee dan kami berdua (kakak&aku) menjadi makmunnya. Affan? dengan ligat dan kuat 'mengemasnya'.

macam mana lah kami nak sama sama berjemaah kn? Alahai appan appan.. 

okay, tidak khusyuk aku itu semua angkara Affan. Dek kononnya nak buat appan duduk diam, tak merayau sana, tak lompat sini, tak gomotkan sejadah kami, kakak pun konon came out dengan idea tutup semua lampu rumah dengan harapan Affan takut and taknak jalan merayau sana sini. tapi....... !

memang taklah wei!

Duk tengah 'khusyuk' solat dalam gelap ni, Affan boleh panjat kerusi and SWITCH OFF power air-cond yang tinggi nya agakkkkkk tinggi laaaa. Entah kenapa entah, dek kerana adegan itu sahaja, buat aku tergelak! Gelak yang macam gelakk gelak gelak habis! Haruslah batal terus solat aku, kami actually! dengan pak imam pak imam sekali dok gelak. Apaaa laa! Hahaa. Affan pun macam 'pasal diorang ni?' punya muka. Sampai akhirnya aku give up masuk bilik, solat sendirian. 

Motif kn aku gelak mcm gelakkk gelakk nak mammp! -_-' Haha



Kali ke-2 (ada lagi)

adegan Affan dah lenyap walau susah sebenarnya aku nak padam. Serious, aku kalau bab bab benda yang mcm lawak bagi aku, gelak aku lambat nak habis. Mau smpai gastrik perut dibuatnya. lagi dengan abe ee yang sama gonjengnya macam aku, haha adoiii...

ok, lepas isyak kami proceed lah ke sunat terawih. tengok muka masing masing sebenarnya muka lesu, penat. dengan appan yg tak reti duk diam habis losyen pun dia nak masuk mulut. tapi kami teruskan juga. macam biasa imam abe ee, dan kami menjadi makmum me&kakak. yang ini kali pula bukan Affan tau tapi ayah kepada Affan! Haha, siapa lagi? Abe Eeee lah! (abg ipar akulaa. dia memang gonjeng!) Lol

gonjeng tak gonjeng mana lah. cuma tadi aku sedar abe ee agak kepenatan sikit. suara pun kejap turun, kejap naik pitch nya. sampai ada disetiap ayat dibaca mesti disambut dengan sedawa/blurpp. iftar byk sangat mungkin? Heheee. tapi takpe, benda tu normal bagi aku. selagi tak bau laaaa hehe. 

pendekkan cerita. waktu solat round ke empat, rakaat pertama of terawih, serasa aku abe ee ni lupa sesetengah baris ayat yang dibaca kot. dia diam. mungkin tanda kurang ingat, so abe ee proceed to another surah. tapi entah kenapa bagi aku intro abe ee macam pelik. dan entah kenapa lagi sekali, aku rasa itu lawak!aku kurang pasti sebab musabab aku gelak. adala mungkin yg terkeluar dari abe ee. alahaiii, dengan kurangnya kekuatan aku menahan gelak, aku pun tergelak lah wei! kakak sebelah aku pun takboleh control, turut sama gelak sampai habis bergegar satu rumah! Haha adoi adoi. yang best tu, abe ee si pak Imam pun tak mampu nak mengawal perasaan dan turut sama gelak dengan kitorang. sakit perut wei serious sakit perut. 

penat aku gelak. entah apa mencuit hati sangat! aku jadi marah juga sbnarnya, perkara remeh seperti itu pun aku tak mampu nak kawal. Gelak macam orang gila

dek kerana geram dgn diri sendiri, kentut tak, korek hidung tak, aku ambil wudhu' lagi. dengan harapan wudhu' dapat membantu mengawal perasaan meroyan aku nak gelak tu. 

kami sambung semula. aku fokus dan menahan sehabis baik rasa gelak dan Alhamdullillah, kami akhirnya berjaya hingga ke sunat witir.

malam ramadhan ke tiga dapat aku sempurnakan, tapi harus aku cari kunci khusyuk di dalam solat itu.... bagaimana?

No comments: