PERHATIAN INI ENTRI JIWANG SIKIT :)
dia kemari bagaikan musim. kejap ada kejap takde. kejap datang lepas itu pulang. a few days back, dia kembali beraksi. perasaan aku campur campur. happy, excited, sedih dan .. keliru. sebab aku takut aku terluka, sebab aku takut aku nanti yang bagai nak gila, aku cekalkan diri. mendiam seribu kata. tegur tak, like pun tak. dalam hati "dia harus mulakan dulu kalau benar dia rindu aku..." . yes, benar aku rindu. tapi sudah aku didik hati jadi lebih tegas, tambah sedikit ego. jangan nak cair sangat. jangan nak lembut sangat. harapan aku berbalas. teguran dia buat aku melayang. tapi aku paut rasa terbang itu, aku harus set pada diri aku. "cara kami harus berubah, cara kami tidak perlu seperti dulu" . terburu buru. aku senang hati bila dia pun berfikiran seperti itu. tanda setuju aku di sambut mesra dia. tanpa declaration, kami set pada diri: yes, kami harus berkawan dahulu.
aku memang ingin seperti itu. sebab aku pasti, sehingga kini dia pasti tidak bersedia lagi. dan aku masih terus di bawah bayangan diri aku yang senantiasa nak merendah diri.
kini aku sengaja ingin mendiamkan diri. malah hati kecil aku merasa dia pun ingin begitu.
aku mahu tahu apa rasa hati aku terhadap dia. rindu? cinta? sayang? ambil berat? aku keliru. seharian aku berkerja, menyiapkan segala tugas semester akhir. aku rasa tenang walau kadang kadang ada aku teringat dia. namun, rasa ingat aku tidak sampai ingin menabur kata, menegur si dia. tiba malam. aku saja stalk sorang sorang teman rapat dia dan pasti si dia. tiba tiba rasa rindu itu datang. tapi masih aku tidak mahu menabur kata. takut kata rindu itu menjadi murah.
tapi aku akan pasti menjadi seperti kebiasaan nya aku. aku akan diam dan terus mengikut rentak dia. biar aku terluka asalkan dia tidak. biar aku rasa teraniaya asalkan dia tidak merasa itu semua.. lagi.......
: saya ingin menjadi kawan baik awak - tempat awak mengadu rasa, saya pasti saya boleh inshaAllah :)
#atok
#atok
2 comments:
errrmmmm..... touching ayat ko dik.... tapi bagus ahh kalau adik rasa macam tueee..... skarang adalah masanya utk ko berkawan dan mengenali hati masing2.... jadikan pengalaman sebelum ini sebagai pengajaran... akk faham apa isi hati ko.... tabahkan hatii... insya'allah suatu hari nanti... andai itu jodohmu... pasti akan bertemu.... amin...
:') inshaAllah
Post a Comment