Sunday, October 16, 2011

ini menarik bagi aku

waktu kini aku menetap sepenuh masa di Johor. duduk rumah bagaikan anak/adik kesayangan mama ayah dan kakak. bangun pagi di ajak breakfast. lepas zuhur di ajak berjalan. tiba petang lepak depan rumah melayan kerenah anak anak buah, sampai malam tunggu ayah pulang yang kadang dibekalkan makanan mengalas perut. Bahagia! tapi kalau hari hari mahu naik lemak aku. bosan apatah lagi. kerja mahu dicari, mama tak kasi. katanya lepaskan wedding kat penang nti. Yo laaah.. 

nasib Tuhan itu amat memahami. tau tau je aku sudah lepas segala beban ilmu. sekarang duduk goyang kaki kira beat ikut suka hati je Hehe. takde apa nak dirisau. takde apa nak di fikirkan. waktu beginilah Tuhan bawa kembali si penerang jantung hati :) hati lonjak riang. insha-Allah du'a du'a yang baik baik sahaja okay? :) 

berkawan mengenal isi hati dulu. <--- ayat poyo kan? tapi sebenarnya, betullah :D

okay back to the main reason of posting this entry. sbnarnya aku saja blog-walking malam malam begini. tiba satu entri ni menarik dek mata dan hati aku. tu yang terasa nak kongsi. itu pun kalau ada sudi nak membaca. iya? =) 

USAH BIMBANG JIKA BELUM BERPUNYA by Jannati Baiti



Resah. Gelisah. Seraut wajah termenung jauh.

"Orang lain semua dah kahwin, tinggal aku sorang saja".

Sekeping hati bermonolog. Monolog itu disusuli tujahan prasangka.

"Aku tak cantik ke?"
"Aku kurang bergaya ke?"
"Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?"
"Aku tak pandai meng'ayat' agaknya."


Mungkin itulah kerisauan yang memberat di minda muda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri, stress & gelojak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati & memiliki seseorg tanpa mengenal batas hala & haram. Yg penting, dapat.

Pilu hati ini melihat remaja yg merana kerana cinta. Pilu kerana walaupun mereka sudah merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tidak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tak serik-serik lg. Diri diperhamba menagih cinta hingga sanggup berkonflik dgn Pencipta cinta. Semua batasan-Nya diredah segala. Tak kenal dosa pahala.

Oh, remaja!

Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa & zina. Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu tidak akan berkat. Apa tidaknya, asanya dibina drp dosa & maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang takwa yg utuh kecuali dinaik taraf dgn taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar & hambar. Semuanya dah dirasa & terbiasa, nak rasa nimatnya apa lagi? Anak-anak menjadi mangsa. Terimalah ia sbg hukuman dunia. Amat pedih. Namun, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.

Ku hembus nasihat ini kpdmu hai remaja tanda sayangku tidak terhingga. 

"Bagi para gadis yg belum berpunya, andalah pilihan-pilihan Allah utk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendpt seruan, yakinlah"

Jgn risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin beri ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lagi.

Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya, '1st thing 1st'. Utamakn yg lbh penting daripada apa yang penting. Kenali prioriti anda skrg. Jika mmg dah smpi saat nak memiliki, tabahlah & teruskn berusaha. Ingat, pastikan waktu nk berusaha tu anda mmg dah betul-betul mampu & sedia.

Memiliki seorg isteri solehah ibarat memiliki dunia & seisinya. Sudah tentu jalan utk mendapatkan sesuatu yg istimewa amat berliku & bnyk cabaran. Jgn putus asa. Rasa mulialah dgn usaha yg dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak. Usah rasa malu & terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan dilandasan-Nya. Teruskan berusaha!

Ingat, usaha yg Allah redha shj. Bagaimana? Dgn SMS siang malam? Atau bergayut ditelefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?

Berusahalah menyediakan diri & pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu, itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan org perantaraan utk lebih menjaga warak & iman.

"Seringkali, seseorg mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yg tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam & jurang sabar ditempuh. Namun, apabila dia memilikinya, didapati insan yg dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yg tak disalur dgn suluhan petunjuk Al-Quran & Sunah" 

Beringatlah, urusan jodoh tidak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz utk kita. Ianya urusan yg pasti. Apa yg tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Wallahu'alam..~

.............

Entri ini membuka mata aku. sekurang kurangnya aku perlu syukur. Kisah aku dan atok hampir mencecah dua tahun. tapi masih begini. sampai dah pandai aku bersabar. mungkin ada sebab musababnya cerita kami begini. mungkin ada hikmah disebalik semua nya. 

aku jadi senang dan akur. terima saja. tapi kalau betul nanti ada peluang untuk kami benar bertemu, insha'Allah akan aku jadikan ini sebagai rujukan. macam mana aku sering ber du'a agar niat dan keikhlasan aku berkawan dengan atok biarlah keranaNya. jadi aku harus terus kan niat itu. aku percaya jika mulakan dengan yang baik, pasti walau apa pun penyudahnya, baik jugalah jadinya. kan? :)


"Ya Allah, jadikan hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku." (Riwayat Muslim no. 2491)"

jika benar jodoh ada untuk kami, mudahkanlah segalanya. kuatkan lagi kesabaran untuk aku. berkatkan segala tutur bicara kami. kerna benar aku mahu sayangi atok demi keredhaan Engkau...




aku benar mengharapkan nama yang terungkap di Loh Mahfuz untuk aku adalah nama awak atok :') aminnnn Ya Rabb..



p/s: dah aku cakap kan blog ini untuk aku je pada awalnya =D

No comments: