Suatu kisah kasih dan sayang yang sangat dalam. Kasih yang sering membunuh dalam dua jiwa insan yang masih keliru mencari arti kasih yang diimpi selama ini. Dua jiwa yang masih mentah dan sering alpa dalam hebatnya lakonan dunia. Dua jiwa yang kurang yakin pada diri serta rasa paling azimat di dunia: CINTA.
Percaya pada segala takdir dan aturan Tuhan Yang Satu, menjadi cerita: Adam dan Maya telah ditemukan tanpa tahu mana puncanya. Pertemuan aturan Tuhan yang membuktikan rasa kasih dan sayang itu mampu tumbuh dalam jiwa manusia walaupun tiada tentangan mata dan hanyalah tentangan bait bait ayat semata mata. Itulah mulanya cinta Si Adam dan Si Maya. Hubungan yang hanya berteraskan jujur dan ikhlas.
Kini, kasih dan sayang yang disulam hampir menjangkau usia 24 bulan, segala yang Adam dan Maya mampu lakukan hanyalah menjadi jujur pada diri sendiri. Cinta Magika atau Enchanted Love yang lahir ini sangat menguji dua insan tersebut. Si Adam yang masih dalam bayangan gelap kekasih lepas, Si Peracun kepercayaan dan kesucian cintanya dan Si Maya pula, insan yang sering tewas pada diri sendiri dan tumpas dalam hubungan berlandaskan, Cinta.
Adam dan Maya manusia yang sama, manusia yang .. Tewas!
Dek keyword Tewas, mereka sering melengkapi jiwa kosong itu. Adam sering bercerita dan Maya seakan memahami segala yang dirasa Adam. Mereka mula 'melengkapi'. Diwaktu itulah Tuhan Yang Maha Mengetahui Segala Tersurat dan Tersirat mula menyemai benih sayang dihati dua insan tersebut. Namun benih yang disemai tidak kukuh dan tidak subur. Benih itu sendiri menumpaskan perasaan Maya yang percaya Adam adalah cinta yang dicari selama ini. Benih itu sendiri yang mengelirukan Adam, takut cerita 'mengecewakan dan dikecewakan' menghantuinya lagi.
Benih mereka, bagaikan daun kering . Bila jatuh dia diam, bila ditiup angin di hilang. Tiba angin lain datang, dia kembali, dengan daun kering yang baru. Begitulah umpamanya benih cinta mereka. Benih A pergi, datang semula benih B, Benih B layu, benih C pula disemai. Namun pokok bernama 'cinta' masih tidak tumbuh segar dan megah. Masih tidak mampu berdiri utuh dek serangan segala parasit parasit milik hati dan dunia yang seakan iri dengan cinta mereka yang masih suci tiada cemaran hasad dengki makhluk dibenci Tuhan.
24 bulan kenalan, Adam dan Maya tidak lagi bertentang mata. Tidak berani bersua muka walau jauh disudut hati, perkara itu sangat mereka impikan. Malah suara sendiri masih belum berhubung. Segala jiwa dan perasaan disalurkan melalui laman sosial dan telefon bimbit. Namun begitu, kekangan masih ada: menjadi tembok besar China antara mereka. Menumpaskan segala keinginan mereka. Tuhan mahu terus 'cinta' itu suci mungkin. Mungkin.
Sebab?
Adam pernah diracuni cinta belasan tahun. Maya pula takut dengan 'cinta' yang mampu merosakkan akidah dan prinsipnya. Tuhan bantu. Namun sampai bila?
Keluhan yang tiada akhirnya terhadap Enchanted Love.
Never ends.
1 comment:
nice one!
bila baca buku ustaz hasrizal, mula faham.. bila kita pernah terjebak dengan cinta dan pernah dikecewakan, berkemungkinan besar kita akan membandingkan cinta lalu dengan cinta yang kita jumpa..
beruntunglah mereka yang tak pernah bercinta sebelum jumpa pasangan yang betul2 untuk mereka.. ermm...
Post a Comment