Syukur aku pada Allah yang satu sebab bila aku merintih dan merayu memohon pertolongan, tidak sekejap mahupun lambat ada sahaja rezeki depan mata. Dari segi hati, kewangan, diri dan keluarga.
Waktu ini, Allah benar menguji. Waktu ini aku betul betul mahu rapat bersamaNya. Allah benar faham dan mengerti apa isi hati. Setiap kali aku buka Quran dan baca, dan dek kerana antara azam tahun ini adalah "Khatam Al-Quran lagi berserta fahaman" pernah sekali aku baca sambil menangis sebak dalam bayangan, aku bakal mati dan melihat semua reaksi keluarga. Benar. Aku baca Al-A'raf waktu itu, Juzu' ke-7. Aku baca dan benar fahami segala isi isinya buat aku rasa kerdil dan takut. Tapi yang terbayang di fikiran, bagaimana reaksi seluruh keluarga kalau aku tiada. Waktu aku dikafankan, waktu aku di kebumikan. Semuaa.
Aku tinggalkan rasa "mati" dengan hati yang redha. Setiap solat aku tinggalkan dengan du'a agar aku di beri syafaat Allah di akhirat kelak. Walau setiap waktu aku membaca dan memahami ayat ayat itu, berjuta soalan bermain di fikiran. Aku didik diri, "Beriman kepada kitab kitab Allah" adalah antara Rukun Iman, dan aku harus terus akur, percaya dan yakin dengan segala ayat ayat tersebut. Segala tulisan, cerita dan isi di Quran itu benar. Dan aku sebagai ummat Muhammad saw harus mempercayai segalanya. Didik aku sendirian. Ini tidak bermakna aku ragu, cuma terbit berjuta soalan. Itu sahajaa...
Aku tinggalkan rasa "mati" dengan hati yang redha. Setiap solat aku tinggalkan dengan du'a agar aku di beri syafaat Allah di akhirat kelak. Walau setiap waktu aku membaca dan memahami ayat ayat itu, berjuta soalan bermain di fikiran. Aku didik diri, "Beriman kepada kitab kitab Allah" adalah antara Rukun Iman, dan aku harus terus akur, percaya dan yakin dengan segala ayat ayat tersebut. Segala tulisan, cerita dan isi di Quran itu benar. Dan aku sebagai ummat Muhammad saw harus mempercayai segalanya. Didik aku sendirian. Ini tidak bermakna aku ragu, cuma terbit berjuta soalan. Itu sahajaa...
“ Dia lah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian Dia menetapkan ajal kematianmu, dan batas waktu tertentu yang hanya diketahui oleh-Nya. Namun demikian kamu masih meragukannya.”Al- An’Am: Ayat 2
Dan kini, Allah menguji kesabaran, memberi dugaan kepada seluruh keluarga aku. Di waktu ayah lah insan yang paling kuat dan sihat dalam keluarga, Allah beri musibah. Sakit itu aku ertikan sebagai musibah. Namun musibah yang punya beribu maksud dan hikmah. "Sabarlah maa, mungkin Allah bagi dugaan macam ni utk kita sedar mana silap kita, suruh kita berhenti melakukan kesalahan. Mungkin waktu kini dan terdekat kita susah, mana tahu kelak, kita senang.." pujuk aku pada mama yang benar benar terkesan di atas segala yang terjadi. Walau ayah kelihatan sangat cool, siap boleh lawak lawak dengan Doktor dalam wad tapi siapa tahu apa yang dia rasa.
Entahlah aku betul betul terkesan juga. Tapi aku lagak tenang. Sekarang aku tak mampu, sampai Ayon call tadi aku terus menangis. Malam ni aku betul emo.
Ayah dah tak kuat. (antara kenyataan yang aku tak boleh terima, aku mahu ayah sihat seperti selalu =( ) walau hati aku percaya Allah swt suruh ayah berehat dan menikmati dunia dengan iman lebih dalam. Tak perlu berniaga. Jangan buat kerja berat berat. Tapi mama sakit, sebab segala mata pencarian, 90% bergantung kepada hasil meniaga ayah. Duit EPF hanya kredit bulanan. Sekarang apa harus dilakukan? Aku kasihan melihatkan mama. Aku kasihan dan mahukan ayah berehat. Tapi aku mahu masih mahu menyusahkan semua.
Study.
Itu cita cita aku. Impian aku. Yang bukan untuk kepentingan diri sendiri. tapi untuk kepentingan semua. Aku tidak sesenang seperti dilihat. Aku tidak sebijak seperti yang disangka tapi aku percaya kemahuan dan impian aku mampu mengubah segalanya. Aku percaya dan berserah bulat bulat pada Dia. Aku yakin Allah swt mampu menjadikan aku ummat yang beriman dan berjaya duni akhirat kalau aku benar menjaga diri dan iman aku kepadaNya.
Entahlah. Yang penting sekarang aku kusut. Aku luah disini bukan untuk semua yang singgah membaca. Tapi aku perlukan sedikit ruang untuk aku lepaskan beban hati. Aku mahu tenang. Aku mahu Allah swt permudahkan segala urusan aku dan keluarga. Aku harap aku dan keluarga bertambah kuat.
InshaAllah..
sebab aku yakin dan berpegang pada ayat ini. Dari pertama kali Hanna share di ruangan "comment" . Aku cari, aku baca dan aku fahami. Allah itu Benar Maha Luas, Maha Mengetahui dan Maha Pengampun.
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dgn kesanggupannya" Al-Baqarah:286
Terimakasih robok.
No comments:
Post a Comment