Saturday, March 10, 2012

guide me to the right path




Ahad lepas sudah mula aku jejak ke another stage of my life. Suatu level yang sangat besar taruhannya. Janji dan harapan perlu aku kotakan dengan bersungguh. Memang sengaja aku sebut berkali kali janji begitu, agar biar beban aku pikul bakal bawa semangat untuk aku lebih gigih. Aku manusia tak punya duit ribu riban. Aku manusia tahu arti  penatnya cari duit. Walau kalau di banding sama Ayah yang mengerah keringat siang malam memang ternyata aku kalah. tapi sekurang kurangnya di waktu begini, aku sudah faham dan mengerti value 'kepayahan' itu. Cuma jarang je nak praktikkan. Mungkin benar kata kakak. Aku manja. Mungkin lah.

Dingin sungguh angin tempat baru. Sebelah sungai. "Melaka Cruise" kononn :D Sebilik pula Alhamdullillah, Allah swt Maha Mendengar, so far boleh masuk. Boleh kauntim. Boleh gonjeng joget sama sama. Ukulele aku bawa, jadikan peneman waktu bosan. Memang syukur sangat kebetulan dapat roomate pun sama kaki jamming. Jangan sangka oghe tengganungg buta muzik eh? #kagum ;)

Kampus style. Lift penuh kau kena panjat tangga. Conpemm! Masuk bulan ke dua kalau hari hari aku naik tangga, memang terus slim shadaiiii peha gebu montel aku ni. Sukaaaaaaaaaaaaaaaa (sedapkan hati). Tapi back to class, semua nya baru utk aku. dari suasana, gaya belajar, cara lecturer mengajar, kawan kawan termasuklah classmate lelaki yang aku tak boleh nak masuk -____________-'' Seriously. Tapi tak tahulah kalau dah masuk bulan kedua ketiga nanti kan. tapi setakat dua tiga kelas ni, seriously shit tak boleh masuk. Aku pelik bila ada yang gelak bila diorang buat "lawak tak berapa nak jadi tuu" errrrrrrr. Haha jahat kan? Mungkin sebab aku dah cukup matang kot untuk segala lawak samdol tu semua (iya aku sekelas dgn kebanyakan budak lepasan stpm, matrik) Dalam hati, diorang ni semua nak kan attraction je. Sabarr je lahh..

But all in all, kena fikir positif. Aku pun menumpang kelas budak Finance kot. Next year baru fully under course aku. So hadap and fikir baik saja laaa. Asal tangan mulut tak merayap masuk hati aku sampai sakit, sampai tu aku diam (gangster tak bunyi?) Hahaha. Ayonn dah bagi aku taklimat sepuluh hari sepuluh malam suh jadi gangster, mana tak nya !! :DD Kak long sudah marilahh wei.

Aku harap sangat aku boleh handle all the courses, classes, lecturers and friends dengan sebaik baiknya. Semua harus aku kumpul dan nilai satu persatu. Perlu ada tolak tambah. Sekarang aku tetap dengan prinsip aku "bercakap bila perlu, bila tidak diam..." . Living in a campus life is so complicated for those  yang pernah merasa badddddd badddd experience, macam aku. so aku perlu handle semua ini dengan elok elok. Hati harus aku didik biar lebih kuat dan tabah. Telan segala yang pahit, hambur segala yang manis saja. Serious, itu perlu.

Tapi serious aku syukur sangat, aku punya kawan yang betul betul supportive. Labu yang sanggup call dari Victoria, Melbourne. Mok yang sering utus salam rindu untuk aku. Ayon yang selalu jengah di laman twitter check aku okay atau tak. Chik yang sering buat aku berharga :') Siapa tak terharu kalau ada kawan macamtu? Happy kot :) Pemangkin semangat kata Mak Jenahh. 

Now, aku perlu keep on positive and pikul segala tanggungjawab dan janji. Aku harus buat semua itu demi masa depan aku, demi keluarga ofcourse, mama, ayah dan kakak kakak sekalian :) 

Bongsu, harus yang terbaik! 
Ajaa! :D


No comments: