Sunday, August 5, 2012

15 Ramadhan


assalamualaikum =)





15 Ramadhan, 2 hari lagi nak Nuzum Al-Quran issit? Macam mana korang dapat tak khatam kan ontime? Aku cuba, masih sedang mencuba. only few juzuq's left. Kalau tak dapat Isnin depan, I'll make sure myself khatam before Ramadhan ends. tho still busy helping ayah dekat bazaar and settle kan hal 'kekasih hati' (WehaveShawls) dengan berlambak kain nak kena jahit and all. kalau boleh dan akan aku cuba sampai boleh cari ruang untuk baca kalam suci Allah ku Yang Satu itu :') kongsi ruang disini bukan untuk menunjuk tapi terang lagi nyata, ini antara ruang nyata yang sering bantu aku peroleh impian & harapan. 


15 Ramadhan, hari bersejarah. Untuk seluruh UMRH Generation. 12 tahun yang lepas, back to 2000. Aku masih di bangku sekolah rendah, Darjah 4. Atok tersayangg! Atok terbaik yang pernah hadir dalam hidup aku pergi meninggalkan anak, cucu dan cicit. Hanya Tuhan saja tahu betapa besarnya Arwah Tok Mod bermakna dalam hidup aku. segala memori indah kini bagai pita replay. memusing kembali segala coret dan moment aku bersama Atok. Kayuh basikal, dukung waktu aku demam, kucup pipi kedut Arwah Tok :') itu semua masih segar dan akan sentiasa segar dlm diri aku. Sebab itu kadang kadang, bila aku lihat mana mana Atok orang, yang sikap dan rupanya ada mirip Tok Mod pasti aku akan jadi manusia paling 'sweet' dan ramah :) Aku suka. Aku senang sayang :') Walau kini 12 tahun Tok Mod pergi; ochet (arwah atok gelar aku itu - seingat aku) masih mendoakan dan kenang Atok inshaAllah hingga hujung nyawa ochet tok :')


15 Ramadhan, yang pisir tapi payuh pulang namun masih bagai hilang dalam terang. Di suluh dia pulang di seluk dia lari. aku manusia tidak punya hak untuk mula tutur bicara, hanya mata dan akal mampu aku usulkan jika sudah keterlaluan di firasat tumpul ku. kiasan dalam bukan senang di arti, namun jika di buka hati dan  disuluh jiwa, bukan sebutir ayat mampu kau pandang tapi seluruh dunia mampu tertayang. cinta dan sayang  searah tak kan pernah luntur kerna kau sebahagian dari aku. 

Still.

15 Ramadhan :') 


No comments: