Friday, September 7, 2012

Pening tahu?


Salam! :)

tidak ada kena mengena dengan topik. Harap Maklum.


Saya tak cerdik kalau mahu cerita tengtang 'itu'. Semua masalah dari mana datangnya punca pun aku tak pasti. Aku tak reti nak selidik. Malas nak menanya. Walau ada keluarga rapat yang arif tentang 'ini'. Complicated, memeningkan. 

Apa yang kita ada sekarang tidak akan wujud kalau bukan dari mereka. Mereka arif dalam laksanakan tugas mereka namun ada juga cerita hitam yang membunuh kepercayaan. Bagaimana ayah saudara aku dulu sering ikut perhimpunan 'itu', namun atas sebab tertentu terus berhenti dan pergi ke arah 'situ'. Mana silapnya aku tak pasti. Aku terlalu kecil untuk ingat itu semua, untuk punya daya dan hak untuk menanya itu dan ini. Tapi bila difikir kembali, kini aku yang sudah terlebih mampu dan layak untuk mengambil tahu, masih kusut mana satu soalan harus aku ajukan. 

Bila aku soal pakcik, jawapan benar menunjukkan 'itu' salah. 'Ini' benar. Memang ini benar! Nampak! Mereka  menyusun langkah mengikut perintah Allah swt, mengikut sunnah semata mata. Hidup sederhana. Titik dua di dahi bukti mereka mahu keredhaan Allah swt. Bila di soal, pakcik mampu membuktikan aku 'itu' kotor. Ada yang tidak betul. Malah terbukti ke Tanah Suci, Sang Isteri tidak mampu di nasihatkan. Aku tidak punya hak untuk persoalkan itu, tapi jelas terbukti di kitab. Itu perlu diketuk. 

Namun, tak semestinya setandan pisang satu busuk semua busuk bukan? Ini seperti perjudian antara bijak dan amanat. Yang bijak mampu bukti mereka mampu merealisasikan hidup selesa manakala satu masih memegang amanat Allah swt, dan aku sebagai ummah Allah swt Tuhan ku Yang Satu. Pasti aku harus sokong yang lurus. Untuk apa ikut yang serong-sedikit.

Kesal. Aku tidak sokong penuh kedua dua. Aku juga tidak benci dua dua. Dua dua ada lebihnya. Dua dua ada lopongnya. Kenapa lah bumi paling aman dunia ini tidak punya mereka yang sudi bersatu? Bijak dan amanah disatukan. Kan bagus molek lebih mendamaikan? :'( Aku kesal.

Mohon Sang Isteri diam duduk dirumah jangan sekali mucul di mana mana layar. Kertas, Kaca. Jangan. Diam! Mahu tutup atau mahu lopong itu sudah tidak boleh ditegur, Sang Isteri harus ditegur Sang Suami.  Kamu juga sudah masak unurnya, harus lebih cerdik mana perintah mana satu tidak. Bukan Sang Semua yang harus mengherdik! Wahai Sang Isteri, boleh tak diam? Kalau mahu keluar, buat apa yang perlu. Jadilah Khadijah tercinta yang sentiasa menyokong dan mendamaikan hati Rasullullah saw serta di segani ramai, bukan Sang Isteri yang sering dikata semua. 

Bancian hampir tiba dan aku yang sudah layak selayaknya ini, buntu! Satu Bijak terbukti membawa kemajuan dunia, dan satu penuh memegang amanah Allah swt Yang Satu. Kalau diikut ayat tadi, memang hati mahu Pemegang Amanah Allah swt. 

Tapi aku mahu lagi penjelasan dalam.....
Dan kalau mampu deep down inside I want all parties to sit in one table in peace and harmony find the best solutions to not fight each other. Demokrasi kadang memeningkan. 

Sangat Pening!


p/s:- Picture: Terserempat with those 2 boys masa lepak dengan Yaya dekat Wangsa Walk!  MU110D 4eva! :D


2 comments:

Sarah said...

Tak perlu buntu. Pilih yg mana yg sudah terbukti teguh pada kata2nya. Apakah pemegang amanah Allah itu benar2 pegang pada amanahnya? bukti mana? Hal ini sebenarnya mudah. Siapa yang selama ini membela nasib? Siapa yang membina persekitaran aman buat kita? Dan yang penting sekali,siapa yang bantu beri duit masa belajar siap ditanggung lagi hampir 90% jumlah yuran pengajian kita,yang mana sumpah takkan dapat di mana2 negara didunia sekali pun Eropah atau AS? :) renung2 kan. Jangan salah pilih,syg. Kelak mampu hancur masa depan kita. Kita anak2 muda yg rata2 berpelajaran seharusnya lebih bijak berfikir,menganalisis dan membuat keputusan dan pilih yg terbaik. Jgn terpengaruh dek propaganda. Percayalah kepada kebenaran dan hakikat tentang apa yg telah kita kecapi selama ini. Pemilihan ini bukan perkara main2. Jgn digadai bumi kita kawan2.

p/s : entri berlapik. tp kalau diikut pembacaan,komen aku kena tajuk. tapi kalau aku terpesong drp niat tulisan mu,mohon dibetulkan ya? takut pulak aku yg salah faham :) dont worry,kita sembang santai2 je. Tak payah bedebat bagai. :)

Unknown said...

wweeeeeeeee :D
*tak pepasal bukak blog nii..lol :P