Showing posts with label Passions and Dreams. Show all posts
Showing posts with label Passions and Dreams. Show all posts

Thursday, December 13, 2012

Sunday, July 29, 2012

Ramadhan Shout!


Saree and Paisley motive of Shawls

Ramadhan kali ini agak hectic. Tolong Ayah kat bazaar lain, settle kan kerja WehaveShawls lain. tapi yang best nya, walaup sibuk macam mana pun, sikit pun aku tak penat. ini barulah namanya passion. Alhamdullillah, Mama Ayah and sisters sangat supportive.

Lepas habis tolong Ayah, around 7pm. Balik rumah berbuka - solat - terawih - then till midnight; infact sampai tak tidur aku dibuatnya kerjakan Tudung. Minat dah tua tua baru datang and Alhamdullillah again feedback dari people sangat memberangsang kan :)

Rasa puas, kita usahakan sendiri from the intial process untill jadi barang utk dijual. Dengan comment from customer buat aku lebih rasa happy and confident. Syukur sangat. Ini semua datang nya dari Allah swt. Dia beri aku peluang utk rasa apa 'rasanya' cari duit sendiri; dengan cara meniaga. Dulu cari duit juga, tapi aku menyanyi, tapi memandangkan dah stop. Dah 'pencen' jadi ini pula caturannya utk aku :')

Well, to those friends or anyone yang lalu atau terlalu blog usang saya ni, You are most welcome to visit my Facebook Page - WehaveShawls and my blogspot - WehaveShawls  :)

*berangan nak buka butik, inshaAllah*

:D

Thursday, June 28, 2012

Quick Post : Forever Addiction!

semalam lepas text satu persatu kekanda kekanda beta yang sibuk mencari nafkah dan rezeki halal mengenai kehendak beta ingin membeli mesin jahit selaku asset pertama Wehave Shawls; tiba tiba, kekanda beta yang sedikit jendol itu menyuarakan tentang penerbangan beliau ke vietnam (dalam hati: kuat berjalan betul minah ni, mementang dah kerja grrr!) - jadi mula melonjaklah hati beta.

Woiiiiii! Beta mahu kain woiii!! Mahu kain!! Mahu kain!! 


tapi masalahnya beta ni dol sikit. punya lah google konon nak cari motif vietnam. mana yang menarik tertarik kebabom; tapi tak jumpa apa pun, sebab end up google TRIBAL! Homaiiiiiiiiiiii! Itu forever addiction beta tahu tak!!!?

jadi bermulalah beta mengisi waktu petang beta, ala ala menunggu azannya maghrib berkumandang. beta pun googlelah Tribal Fabric, berkenan mata beta save image jelah buat masa ni. tsk tsk















Sumber: Mak Cik Google

Siapa anak toke Kain sini? Meh cepat pinang beta! senang sikit hidup beta jah oiiiiii.

Kbye!

Friday, January 20, 2012

bakat menjahit?


dulu masa sekolah rendah, ada satu trend kat sekolah aku lepas saja habis exam UPSR, masing masing bawa game tersendiri untuk spend time masa yang bapak terluang. Rasanya semua sekolah kot. Waktu tu mulalah masing masing tunjuk belang. Tunjuk hero. Tunjuk pakar. Segala benda nak cuba dekat sekolah. Hiruk pikuk dibuat nya kelas. Dengan budak budak gonjol sedunia main 'daun terup' konon konon feel gangster main judi kat belakang kelas, ada yang bawa komik berlambak lambak siap meniaga buat sewa satu hari lima puluh sen, ada yang bawa caperr (penutup botol kaca), si gegirl dok bawalah batu seremban dan macam macamm lagi. 

Aku and the geng ada juga trend waktu tu. Selain dari dok main game game merapu buat sakit tekak jerit jerit, kita orang ada juga main 'tenun menenun' Lols! Serious. Tapi tenun pakai benang je. Benang Lidi nama dia. Mungkin ada yang tahu apa tu. Mungkin ada yang tak tahu langsung. Benang lidi saiz dia macam lidi lah! Tapi colorful. Woiii cantik sangat woi. Geram makk tengok tauu =P 

So mulalah ekspedisi kitorang sebagai pelajar yang kononya-bagus main jahit jahit kat sekolah ni. haha. Craft yang mampu dibuat waktu tu hanyalah key-chen << betul ke eja? Al maklumlah masih di skop yang kecil, nak trend ikut kawan. Haha. Tapi aku masih ingat lagi macam mana nak pintal benda alah tu. 

macamni lah rupanya, Benang Lidi for those yang tak tahu. Lebih kurang.

Aku cuba juga geledah benang benang jahit aku, tapi benda lain yang aku jumpa -____- So nantilah. Bila dah terlebih duit shopping benang, aku share and tunjuk hasil 'jahitan' aku #cewahhpoyoo

Butterbee Felt Craft.

Dulu trend waktu sekolah benang lidi, sekarang? Kain felt! Tapi tak perlu kawan and sekolah lah untuk influenced! :D Mungkin minat menjahit aku ni datang dari Mama. Woiii mama FTW sgt! Kalau bab hantaran hantaran ni bagi dekat dia, tip top. segala sepupu sepapat, jiran tetangga semua client mama :P Even Kak Syeimaa pernah prank mama dekat Era.fm suruh kononnya ada artis berkenan kan hantaran gubahan mama. Lolols. 

Sekarang aku penganggur tekemuka dia dunia, as you know! So ini kerja aku :)) 


i know the flower looks sooo weird! =D

and i'm even selling this selenge-craft dekat Booth Dataran Batu Pahat, every Friday to Sunday :)) Saja mencuba nasib!

Tak mahal, RM5 saja :)

Aku tumpang saja actually Kak Siti punya tempat. Dia lagi terror! >> Ctc Craft Maju

Awalnya, aku hanya nak bagi pada orang yang special special. Tapi rasanya, boleh kan mencuba, try try jual. Kalau laku, Alhamdullillah, kalau tak. Takpe! Asal aku PUAS :)))



: Jual online? ada ke nak beli? :)

Saturday, January 14, 2012

books, may i marry you?


Perasaan 'aku-mahu-beli-buku' tidaklah baru lahir pada malam ini. Sudah sejak malam malam yang lepas lagi sebenarnya. Ini semua harus dipersalahkan sedara mara aku yang dok update update dekat Group Facebook UMRH berbual bual pasal RM200 di beri oleh kerajaan untuk budak budak universiti kita membeli buku. Aku jealous kau tahu! Jealous ini bukan perkara di buat buat. Jealous ini perkara benar dan ianya benar tusuk ke dalam hati lembut aku.

Kenapalah aku dah habis study? :OO haha dannn dannn!

Banyak yang aku nak. Aku mahukan novels, aku mahukan good english novels, aku mahukan buku buku puisi pujangga, aku mahukan buku buku notebook yang comel comel. Aku nak shopping satu kedai buku. Aku ada kad Popular tauu, setiap pembelian dapat offer sampai 5 %! Huhhhh. Korang hadoo? #JakiMoodTurnOn

Kenapa Pilihan Raya mesti 2012. Kenapa Pilihan Raya mengada ngada nak bagi percuma itu dan ini? Kuat bedek lah kerajaan kita. Kuat sangat, kalah Undertaker mata terbeliak lidah terjelir jelir.

Najib The Wrestler!

Thursday, January 12, 2012

dreams should come true




suara melonjak mahu melontar. aku kekurangan bahan. minda aku terbayang segala performances live yang sentiasa menjadi impian aku. aku mahu independent. mencuba dari bawah. tapi dengan berbekalkan garisan rakan music yang dalam anganku lah. Contact number dah dapat. tapi aku masih buntu. Apa sebenarnya aku mahu?

aku benci dengan kau, keliru!
realiti tv? bila di ajak kawan aku pantas menolak. aku sudah bosan dengan harapan kesana hanya untuk mencuba nasib. Walau aku pernah berjaya sampai ke stage membanggakan sedikit waktu yang dulu, aku jadi penat. Penat utk kecewa pun ada juga. Tapi sewaktu reject, aku tak pernah rasa kecewa to be frankly. Aku rasa memang aku tidak layak. Itu. Ye,aku mungkin bukan dilahirkan untuk berada di pentas tapi mengapa impian untuk berada di pentas dengan jutaan penonton juga sentiasa dalam angan aku?

Berdiri di pentas. Jutaan mata memandang. Aku berdiri megah menyampaikan rasa hati. Anggan yang tak sudah. tak penat ke syamira? 

tapi mana tahu, Tuhan sampaikan hajat aku itu?
Istilah putus asa, belum pernah pupus dalam kamus hidup :)

Ajaa!

Wednesday, January 11, 2012

when i have that much of spare time.



'Kerja' seharian di rumah, apa saja yang mampu aku buat. Tidur lewat malam. Bangun pun jadi lewat. Bila sampai waktu perut perlu diisi,  cepat aku melangkah masuk ke dapur. Makan. Sudah siap membersih diri dan segar. Aku terus bertemu dunia luar thru here >> Internet. Itu saja yang aku buat. Bosan?

Hmmph. Aku tak pernah puas. Nak kata tak bersyukur macam jauh sangat. I am thankful to Allah for who I am now. Its just, aku kadang rasa tak cukup puas. Masih ada yang perlu aku buat. Masih ada perkara yang perlu aku sahut. Aku rasa aku teruk. Kurang pandai.

Sepatutnya waktu terluang begini, seharus aku luangkan waktu dengan brilliant. Seperti, get myself closer to Quran, khatam kan lagi quran diwaktu yang sanngggggattttttt terluang ini. Get myself closer to Ibadah, jangan segaja melambatkan solat dek kerana leka dengan segala 'dunia' yang aku jumpa di sini, banyakkan ibadah sunat: bila aku mampu berjaga sampai tengah malam kerana menghibur diri di sini, aku juga pasti mampu berjaga malam untuk bertemu Tuhan aku yang satu. Get myself closer to families, perbanyakkan bakti selagi aku rapat dan senantiasa ada di depan mata.  Get myself closer to books, read all the books i've bought and learn, improve from it. Kutip segala ilmu selagi aku mampu.


"beroleh kejayaanlah orang-orang yang beriman,iaitu mereka yang khusu’ dalam solatnya. Al-Mukminun  : 1-2 "


"Dan tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku. Ad-Dzariyaat : 56 " 


Di sini aku mampu temu apa sahaja. Segala bentuk ilmu. Menggali ilmu itu juga tergolong dalam bentuk ibadah bukan? Aku harus bijak menggunakan waktu yang ada ini. Jangan terlalu alpa dengan segala bentuk dunia menghibur hati.

Aku perlu.

Tuesday, December 20, 2011

Butterbee Fever Forever-ever

Yelloppp sweethearts =)

berhari sudah lepak di Cheras, malangnya rutin seharian aku masih sebegitu rupa. after seeing Hanna and helpd her here and there, aku pulang ke Cheras dan duduk baik baik. masuk 4 hari dah. still. tak keluar rumah berjimba. jumpa dunia pun thru online. Ohh menggagumkan. ke menyeramkan actually?

Plan nak ke IKEA, tapi masih menunggu 'kaki' kata YES. bukan nak shopping hapee pun. saja nak melantak meatballs dan spaghetti vege dia yang mampu membuatkan aku senyum sampai ke telinga. bwahahaha. bab makan siapa yang tak happy oi? =)) tapi.... masih menunggu jawapan si kawan kita sorang tu. kalau ada peluang, memang nak sangat jumpa awak. nak peluk kuat kuat sampai remuk segala tulang temulang :p

HEHE.

duduk rumah. takde buat apa.tonton tv. makan. online. tv again. online again. makan again. Seriously loser. badan mengembang ngembang. bila bangun tidur, menguncup sikit. perkara yang berulang sampai aku jadi lebam.

okay pejadah sebenarnya nak buat entri? suka bebenor beta melalut kan? hoookay. Nah! tengok ni.

Winnie The Pooh and friends - Bee!


nak cerita al-kisah, dahulu kala. aku ni actually seorang kanak kanak yang suka bebenor melukis. bukan lukis pemandangan, hijau pokok, tinggi gunung bagai tu tau. tapi aku sukaaaa giler lukis cartoon! starts masa darjah 6 dolu dolu, seingat aku time tu ada pesen orang kalau pergi sekolah suka bawa fail yang transparent. bukan yang kotak boleh buat gendang gendang tauu! yg flat, boleh simpan kertas kertas je. dulu seingat aku time tu trendy gila kat sekolah sekolah batu pahat, bebudak sekolah especially the girls nak datang sekolah tayang fail diorang. lagi byk color, lagi banyak cartoon, lagi comel cartoon lagi meriah lah kononnya time tu. HEHE *tulis entri sambil tersengih sengih* mwahaha. 

cute cute je kan time sekolah rendah. datang sekolah dengan segak kemain. dengan bag pack color biru, baju kemeja kaler kuning, tie hitam cekik kat leher, kain biru gelap. bayangkan, aku rasa aku lah the only pengawas yang time tu paling gempal dan selekeh. tembam, hitam. dulu sekolah aku tak pakai tudung betul betul. tapi pakai scarf, macam ala ala turban. Pehhh. darjah 6 aku dah puas pakai hookay turban bagai ni ;p 

okay okay, back to the main story. FAIL. aku dulu suka beli fail. lagi lagi kalau ada cartoon, WINNIE THE POOH AND FRIENDSS!! wohooo like seriously, aku a big fans of pooh time tu. and now aku hanya a big fans of pooh's friend named Bee! Weheee. Forever kot. entah tak tau mengapa. 


semalam aku usha usha facebook orang, biasalah aku kan gila kaki stalk, aku jumpa satu gambar ni. yang aku rasa. homaii cantiknya. macam senang je nak lukis. sebab tak payah lukis point muka, hidung, tangan yang bagi aku sangat merumitkan. jadi aku saja gedik gedik buka paint, just like how i used to love to play paint masa aku baru kenal apa itu computer a few yearsssss back. tangan starts to draw, sekali dalam hati. E'ehhh jadilah WOIIII! . the first cartoon "Allah knows best", pada awalnya aku lukis simple. dah sent pun kat facebook. tapi aku rasa aku perlu buat dia jadi more prettier and make it mineee. so aku tambah "THE BEE!!" hehe. comel kan??  please say Yes. for the bee :))

influenced by this cute lil girl :)
source: Lelamarina Roum (idk her, but i think this is pretty!)


and i draw again.



just in one night, when i'm totally in love with paint. aku tak boleh stop myself from drawing the Hijabers. Aku rasa aku comel sangat bila aku dapat lukis benda benda ni semua. Wuahaha. Comel ke syaa? *pitam!* 

the pictures dedicated to my babygirls in twitter :) Ashaa and Qeena! Such a sweetypie :)

and today! i'm drawing again! 

influenced by this picture -- > THIS!

and i personally think that, my cartoon would be nice kalau aku tak pakai mouse - tetikus. sebab kalau pakai tetikus, mengigil dia kemain lagi. mwahahahaha!!






: and yess, this is how i spend my spare spareee spareeeeeeeeee time!

: and yess, haritu aku gila menjahit, sekarang paint. lepas ni apa pula syaaa? 

=)

Tuesday, July 12, 2011

cita cita



aku ada cita cita. cita cita aku ini tinggi sikit. walaupun sebenarnya senang saja nak aku lunaskan diwaktu aku kini masih didalam arena itu. masih dalam track yang betul dan sejalan. cuma......

aku takut. belum punya keyakinan. belum punya pengaruh. belum punya ILMU yang cukup sebenarnya. nak aku larungkan saja tapi takut di kata syok sendiri pula. Alahaiii.

lihat budak tu, lihat budak ni, lihat dia! hebat! hebat! aku mahu rasa apa mereka rasa. kerna aku benar suka lakukan apa yang mereka sudah lakukan. teringin.

well aku pernah malah banyak kali tapi yang jenis ini? aku belum.

kerna aku belum cukup keyakinan. dan belum cukup......... uang..........

:Allah, bantu aku agar cita cita ini menjadi nyata. pleaseeee... 

Tuesday, May 31, 2011

new target


nak harap Macbook Apple, will cost me more than 3 thousand. so, this is better than nothing. I just want you ohh my darling super hero Garage Band <3.

insyaAllah.