Showing posts with label Vs. Show all posts
Showing posts with label Vs. Show all posts

Friday, May 17, 2013

2 - Dua



Semalam haru dibuat hidup Sufi. Petang pulang dari kelas terus dikerah tenaga bersama rakan mencari duit lebihan buat belanja di College. "aku dah naik kebas muka asyik minta mama duit..." bisik Sufi sendirian. Walau rasa sedikit susah dihati namun Sufi sedar dan sering ingat kembali pada hati dan akal, "ini akan buat kau lebih hargai kehidupan kau sufi.. kehidupan kau yang walau sekaki bezanya pada kawan.. kau masih lagi beza..." Sufi untung kerna punya rakan yang sudi ingin membina memori manis bersama nya. 

Malam tenang, angin membelai anak rambut yang dari terkeluar dari posisi Scarf Hitam tersalut ke kepala. Sufi berhijba tapi sering dipanggil Rosmah Ke Dua sebab jambulnya yang sering terkeluar- lagi lagi kalau sudah setengah hari menghadap kelas.

--tadahkan saja

Hampir dua jam pusing satu bangunan, bakul di rangkul makin lama makin susut isinya. Lega. Mereka berlima lega; Sufi, Rani, Linda, Jura dan Maria. Mereka lega. Makanan habis diniagakan. "Yay balik modal dan untung yang memuaskan...lepas duit makan seminggu!" jerit Jura. Berempat yang lain tersenyum lebarrr. sufi menyingai kegembiraan, mana tidak dua tiga hari yang lalu hanya ada RM5 dalam poket, malam ini Sufi mampu meningkatkan jumlah pada RM20. Syukur. 

.........

Buat apa budak budak tu Riz? " tangan tepat menunjuk ke arah kelibat 5 gadis riang membawa bakul kosong. 
"Oh Rani and kawan kawan dia tuu.. diorang meniaga dari bilik ke bilik.. Cari duit kocek..." 
"Rajin betul.." 
"tu ada tok ketua badan besauu tu kat depan, diorang jadilah. Rani dulu masa satu Kolej ngan aku budaknya pasif. Sekarang kemain aktif semacam..."
"Baguslah.. Benda laa kau ni Riz.." ujar Jeff tenang sambil menarik bungkusan minuman dibekal dari foodcourt. "Eh tapi itu bukan budak yang Ful terror gila ke? haritu dia ada tayangkan dekat kitorang. Dato pun suka siap tanya dia dari course mana.."
"Haa yelaa. tu kawan baru Rani dekat sini. memang rapit ngn budak tu je sejak masuk sini..."
"Betullah. Itulah budaknya.. siapa ntah nama dia.."
"kau nak tahu ke jep?"
"Eh tak lah. buat apa. saja je aku tanya.. " ujar Jeff selamba terus menekan butang lif. 



(cont)

1 - Satu








*kipas ligat*

gerakan menjadi limit bila waktu malam hari begini Sufi hanya mampu terselit di antara dua rakan serumah yang sudah dikaji luar dalam (walau tidak kesemuanya).

*gelap*

lampu terpadam dua jam yang lalu. Sufi masih lagi terang. Terang dalam hati dan rona mata, Versus benar buat diri terasa. Hebat penulisan. Hebat dalaman fikiran Penulis. Sufi diam.-- diam.

Kelibat dua remaja selamat diijab kabul di awal tahun memanggil dan mencubit payau hati Sufi. Aku masih begini, sejengkal perubahan masih tak kutemu. Secolit Iman masih payah di tingkat walau sehari cuma. Berkerut dahi. Sufi diam. Sering hilang ayat.

"Jodoh kau masih sunyi, kau masih belum cukup sifatnya untuk nikah" pujuk Sufi. Tali gantung dipintal merenung arah Surau. Kakak kakak tudung labuh sesak menuju tangga. "Baru habis ceramah lettew.."

hmmm-mm


Walau dulu berjuta helai rambut aku tayang dan banggakan satu dunia termasuk Ful. dan bila Sufi niat berubah kerana mulut Mama sedikit tidak pernah truly encourage her daughter to wear hijab, and surprisingly to Sufi, mama really did yang buat Sufi benar tergerak untuk berubah (dari definisi Sufi sendiri). Namun hijab yang diterima baik Sufi belum cukup baik dari definasi sebenar. Sedang Ful masih terbuka. Tertayang buat tatapan dan sedap yang lain. Sufi masih tidak lagi penuh Hijab. Tidak.

"Definasi baik itu bagaimana? Sejauh mana untuk berubah untuk rasa diri ini dekat dan lengkap pada Dia..."
Lelaki tidak cukup baiknya walau solat 5 waktu, namun masih memakai seluar pendek atas lutut di etang hari. Masih tidak cukup baiknya kalau setiap waktu solat masih leka dan kadang tunai tugas diakhir waktu. Masih belum cukup baiknya. Belum.

Baik sepenuhnya itu bagai mana?
Sedangkan Min Edina mampu terus keluar dari arena Skate dan berubah kerana diri pencik dan kerdil di kalangan Jasmin, mungkin Sufi juga harus jinak bergaul dan mesra dengan Jasmin dna angkatannya, "Mungkin, inshaAllahh..."

 --kipass

Seminggu membawa sedar.
namun takut sedar yang datang hanyut di buai sikap duniawi melampau tahap helikopter.
--tiada kaitan.

Tunduk dan tutup mata, kurang seminit. Sufi pantas kembali. Tangan digenggam batang pensil pemberian Farah. Beberapa hari lepas, posisi bilik baharu buat Sufi semangat. Luar dan dalam. Tahap keselesaan membuak dan penting menyenangkan anak mata. Walau Sufi bukanlah pengemas sebersih Ulfath namun Sufi masih anak dara sunti Mama yang memang terkenal dengan Cerewet tang kotor. "Alhamdullillah walau tidak seluruh peratusan, sekurang kurang ada yang boleh aku adaptasikan di dunia kecil aku ini..." puji Sufi sendirian.

Cerita Sufi masih berterusan.
Terus.
Terus.