dulu masa sekolah rendah, ada satu trend kat sekolah aku lepas saja habis exam UPSR, masing masing bawa game tersendiri untuk spend time masa yang bapak terluang. Rasanya semua sekolah kot. Waktu tu mulalah masing masing tunjuk belang. Tunjuk hero. Tunjuk pakar. Segala benda nak cuba dekat sekolah. Hiruk pikuk dibuat nya kelas. Dengan budak budak gonjol sedunia main 'daun terup' konon konon feel gangster main judi kat belakang kelas, ada yang bawa komik berlambak lambak siap meniaga buat sewa satu hari lima puluh sen, ada yang bawa caperr (penutup botol kaca), si gegirl dok bawalah batu seremban dan macam macamm lagi.
Aku and the geng ada juga trend waktu tu. Selain dari dok main game game merapu buat sakit tekak jerit jerit, kita orang ada juga main 'tenun menenun' Lols! Serious. Tapi tenun pakai benang je. Benang Lidi nama dia. Mungkin ada yang tahu apa tu. Mungkin ada yang tak tahu langsung. Benang lidi saiz dia macam lidi lah! Tapi colorful. Woiii cantik sangat woi. Geram makk tengok tauu =P
So mulalah ekspedisi kitorang sebagai pelajar yang kononya-bagus main jahit jahit kat sekolah ni. haha. Craft yang mampu dibuat waktu tu hanyalah key-chen << betul ke eja? Al maklumlah masih di skop yang kecil, nak trend ikut kawan. Haha. Tapi aku masih ingat lagi macam mana nak pintal benda alah tu.
macamni lah rupanya, Benang Lidi for those yang tak tahu. Lebih kurang.
Aku cuba juga geledah benang benang jahit aku, tapi benda lain yang aku jumpa -____- So nantilah. Bila dah terlebih duit shopping benang, aku share and tunjuk hasil 'jahitan' aku #cewahhpoyoo
Butterbee Felt Craft.
Dulu trend waktu sekolah benang lidi, sekarang? Kain felt! Tapi tak perlu kawan and sekolah lah untuk influenced! :D Mungkin minat menjahit aku ni datang dari Mama. Woiii mama FTW sgt! Kalau bab hantaran hantaran ni bagi dekat dia, tip top. segala sepupu sepapat, jiran tetangga semua client mama :P Even Kak Syeimaa pernah prank mama dekat Era.fm suruh kononnya ada artis berkenan kan hantaran gubahan mama. Lolols.
Sekarang aku penganggur tekemuka dia dunia, as you know! So ini kerja aku :))
i know the flower looks sooo weird! =D
and i'm even selling this selenge-craft dekat Booth Dataran Batu Pahat, every Friday to Sunday :)) Saja mencuba nasib!
Tak mahal, RM5 saja :)
Aku tumpang saja actually Kak Siti punya tempat. Dia lagi terror! >> Ctc Craft Maju
Awalnya, aku hanya nak bagi pada orang yang special special. Tapi rasanya, boleh kan mencuba, try try jual. Kalau laku, Alhamdullillah, kalau tak. Takpe! Asal aku PUAS :)))
: Jual online? ada ke nak beli? :)
5 comments:
aku nak beli. post kat blog weh! hehe
kau agak kejam. Mahu dicincang atau direjam?
HAHA
syaa ! nak beli satu. cam comel je. bole order/demand ke? eheh
yooo bam! bole bole, nk porch bentuk ayam pun bole! lols
nakk! agak2 boleh buat cm wallet tak benda ni? cm cool je. eheh
Post a Comment